Sabtu, September 28, 2013


Ha!! Ini apa cerita pulak ni? Kenapa pulak Anak Nik Aziz ni nak kata yang dikalangan parti gabungan dalam Pakatan tu tak sesuai dengan PAS?

Baru hari ini dia nak bersuara mengenai perkara tersebut? Kenapa sebelum ni dia hanya mendiamkan diri? Sebab dia takut dia tak dapat sokongan?

Hakikatnya, dah lama isu ni orang bangkitkan. Tapi puak - puak Parti Angguk Saja tu je yang tak nak dengar. Diorang saja je buat pekak.

Tambahan pulak sekarang ni dalam musim pemilihan. Jadi, mungkin sebab itulah Anak Nik Aziz ni nak bersuara. Dia nak la orang tengok dia masih ada kemampuan.

Salah satu cara dia nak naikkan nama dia ialah dengan timbulkan kontroversi. Dan jalan yang dia pilih ialah dengan mengkritik rakan - rakan lain dalam gabungan.

Kemungkinan besar, itu je la cara dia nak orang sebut pasal dia. Kalau tidak, tak de pulak isu yang dia nak bangkitkan dan menarik perhatian perwakilan. Kot kalau itu je niat dia, baik tak payah bercakap lansung!!! Buat mengabihkan masa je!!!
KOTA BHARU: Naib Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun sering diihat melontarkan kritikan kritikal terhadap Ketua Umum PKR itu.

Kata beliau, kritikan yang diberikan bukan tertumpu kepada Anwar sahaja tetapi kepada semua pemimpin termasuk pemimpin PAS sendiri.

"Saya mengkritik kedua belah pihak, sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, termasuk parti saya sendiri.

"Jika orang mahu mengkritik, maka orang yang lebih cenderung untuk dikritik kerana kekalahan pembangkang adalah Ketua Pakatan (Anwar), " katanya yang dipetik daripada laporan The Ant Daily.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata kritikan yang dinyatakan adalah bagi menimbulkan isu sebenar yang berlaku dalam pakatan pembangkang itu.

Selain daripada itu, diminta mengulas berhubung kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, beliau berkata lebih baik untuk PAS kekal bersama dalam gabungan itu walaupun terdapat perbezaan pendapat dan ideologi.

"Selagi PAS dan pihak lain yang merasakan bahawa kami masih boleh bersama dalam gabungan itu, mengapa tidak? 

"(Tetapi) Tidak semua yang rakan-rakan gabungan kami lakukan adalah sesuai untuk kami," katanya.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Nama ulama, dan ulamanya pun berlambak. Tapi tak kan lah baru sekarang kata tak sesuai. Dulu lagi orang jahil macam kami ni cakap jangan tidor sebantal dengan mereka2 tu. Tapi depa mane mahu dengar cakap orang jahil. Ni baru nak kata minta cerai. Kalau orang kata binggai kang, tahu pula nak marah. Baru dapat wahyu ke.

    BalasPadam
  2. Sebelum PRU13 pemimpin PAS termasuk Nik Abduh percaya 100% pakatan di bawah pimpinan Anuar akan menang besar dan menjadi kerajaan menjatuhkan UMNO/BN. Kalau bising2 nanti tidak dapat jadi menteri atau lain2 pangkat dalam kerajaan dan GLC. Sekarang dah kalah nak menuding jari dan menyesal. Lagi pun mereka perlu sedar yang ALLAH tidak redha pakatan mereka dan mereka menjadi kerajaan. ALLAH masih sayangkan Malaysia, rakyat dan agama Islam.

    BalasPadam
  3. Nik Abduh ni jika dulu sering semborono melontarkan kritikan. Krtikan yg paling tidak boleh dilupakan bila mengumpamakan mufti perak dengan sindiran gelaran kesat. Dan yg menariknya pembacanya (mungkin ahli pemuda pas) memujanya ibarat patung sembahan. Stiap katanya diiakan dan dijadikan tangkal azimat. Tp pada setengha org, nik abduh adalh separuh masak, separuh masak menilai setiap peristiwa dan separuh masak kerana beranggapan dirinya sgt2 benar.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping