Jangan kata nak suruh dia tengok filem tu. Nak baca fakta dibawah ni pun Si Biawak Guan Eng tu tak nak. Entah apa yang dia takut sangat tak tau la.
Mungkin dia takut 'Mamat' yang kencing pada tiang bendera tu murka kot. Nak pulak, 'Mamat' yang kencing tu banyak dah kumpul. Tu pasal dia banyak bagi alasan yang bukan - bukan!!! Nanti nama hilang dari dalam senarai!!!
Berbeza dengan laporan media, pengarah Tanda Putera Shuhaimi Baba hari ini mendakwa filem kontroversinya itu menunjukkan prestasi di luar jangkaan.Katanya, beberapa komen di media sosial melaporkan fenomena penonton di beberapa pawagam memberikan tepukan gemuruh sebaik sahaja filem tamat, walaupun tanpa kehadiran pengarah atau pelakon filem itu.
Beliau merujuk laporan sebuah media sebelum ini yang turut menunjukkan gambar panggung yang hanya mempunyai 30 orang penonton pada tayangan tengah hari di sebuah pawagam di Pulau Pinang, pada hari kerja.Justeru, beliau membangkitkan persoalan kenapa perkara itu dibangkitkan sedangkan menurutnya penonton memang kurang pada hari bekerja, walaupun melibatkan filem blockbuster Hollywood sendiri."Membaca berita ini, seorang kawan menceritakan bagaimana dia dan suami pernah menonton filem James Bond Skyfall di hari kerja dan hanya mereka berdua sahaja dalam panggung di kompleks beli-belah yang terletak di Kelana Jaya itu!" katanya.Dalam kenyataannya hari ini, Shuhaimi berkata, di sebalik hentaman dan sindiran, termasuk daripada pemimpin politik yang didakwanya cuba memperlekeh dan menimbulkan kebencian kepada filem itu, beliau bersyukur kutipannya baik."Kepada pembenci filem ini yang melabelkannya filem Umno, mana mungkin pawagam tidak dipenuhi ahli Umno seramai 3 juta orang itu pada 4 hari pertama filem ini ditayangkan."Sudah tentu pecah panggung dan mencatat pungutan box office berjuta-juta ringgit!" katanya lagi.Justeru, Shuhaimi menuntut pihak terbabit memohon maaf kerana menaburkan "fitnah yang melampau" terhadap mereka."...tapi kami tidaklah berharap sangat. Yang lebih penting dan kami hargai adalah sokongan kuat yang kami terima."
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.