Jumaat, September 06, 2013


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyelar tindakan sesetengah pihak yang mempersoal tindakan polis menahan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said pada awal pagi Rabu.

Beliau dilaporkan Bernama berkata penahanan itu dibuat mengikut prosedur iaitu polis telah ke rumah Samad pada awal petang Selasa tetapi beliau tidak berada di rumah.

“Kita pergi awal sebenarnya (tetapi) dia tidak ada di rumah. Dia balik pada 12 tengah malam secara senyap-senyap, jadi kita terpaksa tangkap dia waktu itulah.

“Kalau berani melakukan kesalahan yang memalukan (dan) melakukan bendera negara kita yang kita sayangi sebegitu (kibar bendera lain), kenapa pula (ada pihak) menyalahkan polis bila kita ambil tindakan?,” katanya.

Khalid berkata Samad juga diminta menyerah diri sebelum itu tetapi beliau gagal berbuat demikian.

Semalam, Samad dibebas dengan jaminan polis setelah beberapa jam diambil keterangan. Beliau ditahan kira-kira 12.25 pagi bagi membantu siasatan berhubung insiden mengibar bendera selain Jalur Gemilang pada malam sambutan ambang Merdeka Jumaat lepas.

Pengerusi Bersama Bersih Datuk S. Ambiga mempersoal tindakan polis menahan Samad pada lewat tengah malam dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu “gangguan”.

Sementara itu, Agendadaily melaporkan jawapan Samad tidak konsisten apabila ‘mengaku ada di rumah’ tetapi dalam masa sama ‘mengaku keluar jalan-jalan ke Bangsar sambil minum teh tarik’.

“Sementara itu dalam reaksinya,Samad dilaporkan cuba dakwa Ketua Polis Negara reka cerita dia menyorok untuk pertahan penahanannya waktu tengah malam.

“Dakwanya beliau ada di rumah. TAPI…dalam pada itu mengakui ada keluar jalan-jalan ke Bangsar dan minum teh di kedai mamak tidak jauh dari rumahnya.

“Nampaknya hebat juga Sasterawan Negara ini ‘ bersastera’. Sudahlah tidak menyerah diri bila diminta oleh polis berjam-jam sebelum ditahan….beliau boleh lenggang kangkong keluar rumah jalan-jalan dan minum teh tarik.

“APA BEZANYA…antara ‘tidak ada di rumah’ dan ‘ keluar jalan-jalan’?, “lapor Agendadaily.
Categories:

2 ulasan:

  1. Dari percakapannya tu pun dah menunjukkan dia "DAH NYANYOK"...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping