Jumaat, September 06, 2013


Hangat beb. Menjelang pemilihan pada Mukhtamar PAS tahun ni, bibit - bibit 'Pembunuhan Karakter' dikalangan pemimpin PAS semakin meluas.

Sebelum ini, sudah ada suara - suara sumbang dari kalangan ahli PAS menyatakan ketidak-puasan hati mereka terhadap Presiden.

Bukan setakat itu sahaja. Malah mereka sanggup menaburkan fitnah dan merekacipta kisah yang turut memburuk - burukkan Hadi Awang secara terang - terangan.

Kini, tiba giliran Khalid Gereja pulak menjadi sasaran. Semuanya akibat kelantangan mulut Si Khalid Gereja tu menyalahkan ahli diperingkat akar umbi.

Terbaru, Pemuda PAS Rompin tampil membuat laporan terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pusat itu melalui satu surat yang dikirimkan kepada Setiausaha Agung.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Rompin mengejutkan semua pihak apabila dengan beraninya telah menghantar surat rasmi berhubung aduan berkaitan kenyataan dan tulisan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang kononnya telah mempersenda dan menyalahkan Presiden PAS, Dato' Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang. 

Surat bertarikh 20 Ogos 2013 itu telah dihantar kepada Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali. Dalama aduannya Dewan Pemuda PAS Rompin menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan Khalid yang dikatakan sering kali membuat teguran secara terbuka terhadap Hj.Hadi. 

Antaranya, menyalahkan Presiden PAS itu yang didakwa mencetuskan polimek ulama' vs profesional dalam PAS dengan melontarkan idea kerajaan perpaduan selepas pilihanraya umum lalu. 

Kenyataan Khalid itu didakwa telah dibuat ketika slot soal jawab "Wacana Kemenangan Yang Tertangguh" di Melaka pada 6 Julai 2013. 

Malah dakwa mereka, tulisan khalid dalam blog peribadi beliau bertarikh 19 Jun 2013 bertajuk "Budaya Serangan Peribadi" pada perenggan ke-7 jelas menyindir Presiden PAS dengan kenyataan "Pencalonan di KD pun tidak mengikut prosedur, terus pintas memanfaatkan kabel", kabel yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan ialah Tuan Guru Hj.Hadi Awang sendiri kerana watikah ditandatangani oleh beliau.
Huh! Nampak gayanya pemilihan PAS kali ni lebih hangat jika nak dibandingkan dengan pemilihan sebelum ini. Siap ada 'Pembunuhan' pulak lagi.

Tapi, apa boleh buat ye tak. Ini semua bukan salah orang lain. Salah pemimpin macam Si Khalid Gereja tu sendiri jugak. Dia sendiri yang cari penyakit. Sekarang dia sendiri la yang tanggung!!! Jangan dia nak salahkan orang lain pulak!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Secara keseluruhan, ahli dan pemimpin pas mesti berhati-hati dengan tangan ghaib dari luar pas yang akan menaklok pas. Selama nie pun pas dah tercalit dengan unsur anwarisma sehingga pas mengalami kekeliruan perjuangan sehingga sanggup menyokong isu-isu yang contradict agama islam. Kesimpulan, hapuskan dan bersihkan pas dari pencacai-pencacai anwar Ibrahim/pkr, dan juga kumpulan syiah yang sudah disahkan kufur dan munafiq. Kumpulan-kumpulan ini akan membunuh bukan sahaja pas tapi islam.

    BalasPadam
  2. Memang patut pun,muka dah macam paderi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping