Rabu, September 18, 2013


SH tak nak komen banyak - banyak. Biar la korang baca sendiri keputusan yang telah dibuat sebagai satu lagi hadiah kepada Si Ketua Penipu tu sempena Ulangtahun 16 September dia!!!
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bertindak sebagai pendakwa raya untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuannya terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat yang kedua.

Hakim Datuk Ramly Ali yang mempengerusikan panel tiga hakim dilaporkan Bernama memutuskan pelantikan Muhammad Shafee sebagai seorang pendakwa raya dalam rayuan itu adalah sah dan selaras dengan peruntukan undang-undang.

Panel itu yang turut dianggotai Datuk Rohana Yusuf dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, sebulat suara menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee sebagai pendakwa raya dalam rayuan itu.

Hakim Ramly berkata pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan akan menetapkan tarikh bagi pendengaran rayuan pihak pendakwaan.

Dalam keputusannya, Hakim Ramly berkata alasan yang dikemukakan tidak mencukupi untuk menyokong kenyataan Anwar bahawa Muhammad Shafee adalah saksi penting.

“Beliau ditawarkan sebagai saksi kepada pihak pembelaan tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi. Lagipun perbicaraan sudah selesai dan tidak wujud kemungkinan beliau akan dipanggil sebagai saksi,” katanya.

Hakim Ramly berkata oleh itu tidak timbul isu percanggahan kepentingan dan pelanggaran Akta Profesion Undang-undang 1976.

Beliau tidak menerima hujuhan peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh yang mempersoalkan kesahihan pelantikan Muhammad Shafee mengikut Kanun Tatacara Jenayah.

Katanya Seksyen 379 Kanun Tatacara Jenayah yang digunakan untuk pelantikan itu adalah undang-undang yang betul.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Ha,ha,ha....cirit lagi Bang Non AlJuburi ni dikerjakan dek DS Shafee nanti. Hari bicara nanti,adalah kutu berahak tu buatk tetik sakitlah, MC lah, masuk hospital lagi lah....kahkahkah.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping