Rabu, September 18, 2013


Dalam ramai - ramai orang yang ada dalam Pakatan Haramjadah tu, kenapa Si Din Pudu ni pulak yang beria - ia nak mempertahankan Si Ketua Penipu tu?

Nampak sangat la orang macam Si Din Pudu ni buta dari melihat Kebenaran yang terbentang luas depan mata dia. Dia yang dah kalah masih kabur sebab Gilakan Kuasa.

Kenyataan dia dibawah ni jelas membuktikan kepada kita bahawa dia adalah salah seorang Pendokong Si Ketua Penipu tu. Biarpun dia 'KOTOR' macam mana sekali pun.

Dah memang cukup jelas keterangan yang diberikan oleh Raja Tikus, Si RPK mengenai kaitan Si Ketua Penipu tu dengan BERSIH. Pun dia masih nak menafikannya jugak?

Dalam kenyataan Si Din Pudu tu hari ini, dia menolak kenyataan bahawa Si Ketua Penipu tu telah 'mengotorkan' usaha BERSIH yang mahu membersihkan sistem Pilihan Raya.

Kata dia, adalah sesuatu yang tidak wajar sekiranya beban tersebut diletakkan diatas bahu Si Ketua Penipu tu dan menyalahkannya kerana mensabotaj usaha BERSIH sebelum ini.
"Komitmen untuk mendedah dan melumpuhkan sindikit pengundi asing, itu wujud dalam suasana politik negara kita tapi ia masih tidak mencapai matlamatnya kita kerana kerajaan tidak berikan komitmen sepenuhnya untuk menyediakan pilihan raya adil dan bersih," katanya kepada Sinar Harian.
Komitmen nak melumpuhkan sindiket pengundi hantu kata dia? Mana buktinya kata ada wujud pengundi hantu yang dimaksudkan? Boleh dia berikan bukti yang kukuh?

Tak payah ambik tempat lain la. Cukup dikawasan dia bertanding sebelum ni je jadi bahan bukti. Berapa ramai pengundi hantu yang ada disitu?

Malah dakwaan kononnya wujud 40ribu orang Bangla sebelum ini pun telah disangkal oleh beberapa orang pemimpin - pemimpin Pakatan sendiri.

Adakah Si Din Pudu tu nak tuduh diorang semua menipu dalam memberikan kenyataan sebelum ini kepada rakyat? Adakah dia nak kata bahawa 40ribu Bangla tu wujud?

Kalau ada, kenapa tidak ada satu pun borang petisyen yang diisi melaporkan bahawa wujudnya pengundi hantu dikawasan yang mereka bertanding?

Jangan cakap la mahkamah tolak petisyen diorang. Cukup sekadar kita baca isi kandungan petisyen tu pun kita tau yang tak de pun cerita pasal pengundi hantu ni.

Semua petisyen yang dibuat hanya berdasarkan kepada alasan teknikal sama ada salah kira kertas undi atau pun kertas undi rosak. Tak de pulak cerita pasal pengundi hantu.

Jadi, tak payah la Si Din Pudu tu nak menolak Kebenaran yang ada depan mata. Rakyat Malaysia ni masih belum buta lagi. Kot kalau dia yang dah 'Buta Hati' dari melihat kebenaran tersebut, jangan pulak dia nak hasut rakyat ikut cakap dia pulak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping