Rabu, September 04, 2013


Hehehe!!! Nak tunjuk angkuh menda ke Si Hantu ni dengan Si Khalid Gagap tu. Dah terang - terang Si Khalid Gagap tu kencing kepala Si Ketua Penipu.

Maka, terpaksa la Si Hantu Siputdin Muka Bulan tu tunduk jugak akhirnya. Terpaksa jugak la dia jadi balaci Si Khalid Gagap tu walaupun hati dia tak mau.

Kalau kita baca kenyataan dia kat bawah ni pun memang jelas nampak sangat dia macam 'Suka Tak Suka' je nak sebut yang dia dah mula bertugas. Macam TERPAKSA je gayanya.

Kalau dia tak nak terima jugak kenyataan tu, maka melepas la duit elaun bulanan dia. Macam mana dia nak sara nafsu serakah dia setiap bulan?

Dulu hidup dia mewah sebab banyak projek dia boleh sapu. Tapi sejak tewas dalam Pilihan Raya tempoh hari, apa lagi dia nak makan? Takkan nak makan tanah.

Lagi pun, gaji jadi Hantu dalam pejabat Si Khalid Gagap tu pun bukan sikit. Hampir mencecah berpuluh ribu jugak sebulan. Siapa yang tak nak woi!!! Biar la jadi Hantu sekali pun. Janji gaji jalan!!!
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution hari ini mengesahkan bahawa beliau telah masuk bertugas di pejabatnya di Bangunan SUK Selangor.

Bercakap di ibu pejabat parti itu di sini hari ini, bekas Ahli Parlimen Macang itu berkata beliau sudah pun mengorak langkah melaksanakan beberapa tugas selaku Ketua Staf, di antaranya melibatkan pembangunan desa di negeri Selangor.

"Saya dah masuk, pejabat saya cantik, berhawa dingin dan mempunyai kakitangan yang berdedikasi, saya puas hati dengan keberadaan pejabat saya yang baru.

"Antara tugasan lain saya sebagai ketua staf pejabat kepada YB Tan Sri Khalid, adalah berkenaan pembangunan desa, dari segi strukturnya saya akan berada dalam sekretariat dan unit perancangan ekonomi negeri.

"Dan sekretariat itu beroperasi di pejabat SUK negeri dan saya akan bertanggungjawab langsung kepada Menteri Besar Selangor," katanya. 

Saifuddin sebelum ini dilaporkan tidak masuk ke pejabat sejak dilantik sebagai Ketua Staf Pejabat Menteri Besar berkuatkuasa 1 Julai lalu, yang dilihat sebagai petanda pertikaian politik dalaman PKR makin panas.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping