Rabu, September 25, 2013


Heh! Kalau nampak gayanya macam la dia ni bijak sangat. Macam dia jauh lebih cerdik dari orang lain. Sekali, memang terbukti yang dia ni tak tau apa - apa.

Pasal prosedur perlantikan Duta dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia pun dia tak tau, nak cakap banyak menda kejadahnya lagi? Buat malu je jadi Ahli Parlimen kalau macam tu.

Tapi, bagus jugak la dia tanya. Tak de la dia buat tanggapan yang hanya mendedahkan lagi kemaluan dia kepada rakyat. Kira ok la bila dia tak kata yang 'Duta' tu sejenis kuih raya!!!

Tahan la ada Timbalan Menteri yang nak menghabiskan masa dan memperjelaskan maksud Duta tu kepada dia. Kalau tidak, tak mustahil dia keluar kenyataan yang bodoh.
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin berkata berdasarkan Fasal 114 Perlembagaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) boleh melantik sesiapa sahaja yang layak menjadi Duta dan Pesuruhjaya Tinggi.

Katanya, sehingga kini, sebanyak empat Ketua Perwakilan Malaysia secara lantikan politik dibuat iaitu Duta Besar Malaysia ke Perancis Tan Sri Ismail Omar dan Duta Besar Malaysia ke Finland Datin Seri Blanche Olbery.

Selain itu, Datuk Yong Teck Shing sebagai Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taiwan dan Datuk Awang Sahak Awang Salleh sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei. 
Demikian yang dijelaskan oleh Datuk Hamzah semasa menjawab soalan tambahan Mahfuz Omar yang ingin tahu jumlah Duta dan Pesuruhjaya Tinggi serta Duta Khas Malaysia dari kalangan lantikan politik dan kaedah lantikannya.

Beliau berkata sementara Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Prof Madya Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Sahhaff pula telah menamatkan tempoh kontraknya pada 19 Sept.

Hamzah berkata Malaysia mempunyai sebanyak 107 perwakilan, iaitu Duta dan Pesuruhjaya Tinggi, di seluruh dunia.
Mungkin, Si Mahfuz Bean ni tanya sebab dia ada hati nak jadi Duta kot. Tapi, apa kan daya, hajat dia takkan ke sampaian. Siapa yang nak hantar dia wakil Negara?

Bercakap bahasa Inggeris pun kantoi. 'Launch' dengan 'Lunch' pun dia tak tau nak beza. Takut nanti entah apa pulak yang dia mengarut kat luar Negara nanti. Kot kalau setakat 'Lulus SRP' tu, sedar la diri sikit Mahfuz oi!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping