Khamis, September 19, 2013


Bagi SH, apa yang dilakukan oleh Ketua Dewan Ulama PAS ni tak la seperti yang digambarkan oleh Pak Mus Spenda tu sebelum ini.

Ternyata, Harun Taib ni JAUH lebih cerdik dari Pak Mus dalam tindakan yang dilakukannya untuk mengkritik semula pemimpin - pemimpin PAS sebelum ini.

Dewan Ulama baru buat resolusi dalam Multaqa Ulama mengenai Tahaluf Siyasi diantara PAS dengan Pakatan Haramjadah tu, semua orang dah meroyan tak tentu arah.

Macam - macam pandangan yang dilemparkan terhadap Si Harun Taib tu dibuat oleh pemimpin PAS sendiri. Malah ada yang memaki hamun dia berbakul - bakul.

Tapi, Si Harun Taib tu dengan selamba badak je kritik semua pandangan serta maki hamun tu dengan memberikan kenyataan seperti dibawah ni:
Dewan Ulama Pas berpendirian akan meneruskan kajian tahaaluf siyaasi terhadap PKR untuk menambahbaikan parti walaupun cadangan itu ditolak pucuk pimpinan tertinggi.

Ketuanya, Datuk Harun Taib menegaskan kajian itu dilakukan untuk menjadikan Pas sebagai parti dominan dalam PR bukan 'keluar' daripada PR.

Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan Dewan Ulama yang ditolak Pas Pusat tidak menjadi halangan untuk sayap itu meneruskan kajian sedia ada yang dilakukan sejak 2008.

"Beliau (Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang) tolak tak mengapa, kita tak ada masalah. Kita akan teruskan sebab sekarang pun kita sedang jalankan kajian.

"Tahaaluf siyaasi bukan untuk tarik diri daripada PR tetapi untuk menjadikan Pas lebih dominan dalam PR," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Nah!!! Yang sebenarnya Si Harun Taib tu suruh puak - puak Parti Angguk Saja tu KAJI SEMULA Tahaluf Siyasi mereka dengan Pakatan.

Dia tak de pulak cakap kata suruh diorang KELUAR. Benda semudah itu pun pemimpin PAS yang bagi pandangan sebelum ni tak faham ke? Tolong la jadi CERDIK sikit!!!

Nampak sangat la pemimpin PAS yang lain tu lemah pemikiran mereka. Dengan ayat semudah itu pun diorang tak boleh faham dan tak boleh hadam dengan sempurna.

Jelas, itu membuktikan bahawa kebanyakkan pemimpin PAS sedia ada pada hari ini dangkal dari segi pemikiran mereka. Diorang ni jelas tak berfikir panjang.

Apa yang diorang risaukan bukan pasal Tahaluf Siyasi tu. Tapi sebaliknya diorang takut kehilangan sokongan untuk diorang terus kekal berkuasa. Itu je yang diorang fikirkan. Bukannya diorang fikirkan sangat pasal soal perjuangan Islam!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Nmpk sgt pucuk pimpinan tidak berfikir pjg dan matang. Sumber ilmu dlm harakah tu pun bukan seratus peratus boleh diterima kecuali iklan penyedap je...tu la fikiran mereka bengap dan tak rasional.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping