Apa yang akan dilakukan oleh Si Khalid Gereja tu selepas dia baca kenyataan dibawah. Adakah dia akan ambik tindakan yang sama seperti dia buat sebelum ini?
Kita tau, Si Khalid Gereja tu biasanya akan menentang habis - habisan jika seseorang tu cuba cari pasal dengan dia. Jadi, apa pulak tindakan dia kali ini?
Perkara yang sama jugak menjadi persoalan apabila Ketua Dewan Ulama PAS keluarkan kenyataan sebelum ini. Adakah Si Khalid Gereja berani bertindak?
Kenapa dia tak desak kepimpinan PAS Pusat supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap Harun Taib kerana bertentangan dengan pendirian Presiden parti?
Drama dalam PAS berkaitan dengan isu penggunaan kalimah Allah ni nampak gayanya akan bertambah rancak bila sesama mereka pun dah mula berbalah sesama sendiri.
Malangnya, yang rosak bukan PAS. Tapi kesucian Islam itu sendiri. Pun orang macam Si Khalid Gereja tu tak nampak jugak ke? Masih jugak dia nak tutup Kebenaran depan mata?
Masih jugak dia nak ikut sedap Kepala Lutut dia je demi meraih sokongan dari kalangan bukan Islam untuk kepentingan diri sendiri? Kalau semuanya dia buat demi kepentingan Politik semata - mata, alamat jahanam la Islam di Malaysia ni jawabnya!!!
Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 di Kelantan menjadi benteng menghalang penganut agama bukan Islam untuk tidak menggunakan kalimah Allah di negeri itu, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.Katanya, pelanggaran terhadap enakmen tersebut adalah sama dengan tindakan seseorang individu di negara ini yang melanggar undang-undang iaitu melakukan kesalahan yang boleh dibawa ke muka pengadilan untuk dihukum secara adil.“Sekiranya orang bukan Islam masih mahu menggunakan kalimah tersebut, itu adalah hak masing-masing, namun mereka perlu faham bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai undang-undang untuk dipatuhi."Tetapi kami di Kelantan sudah ada enakmen. Sudah lama enakmen itu melarang mereka di luar Islam daripada menggunakan kalimah Allah dan ini adalah undang-undang yang digunakan di bawah mahkamah sivil," katanya seperti disiarkan akhbar Utusan Malaysia hari ini.Ketika ditanya kemungkinan berlaku penentangan oleh orang Islam sekiranya kalimah Allah terus digunakan di luar Islam, Mohamad berkata: “Kalimah Allah adalah eksklusif kepada orang Islam, itulah keputusan muzakarah dan yang ada dalam enakmen negeri Kelantan.”
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.