Sebelum ini, SH dah membangkitkan kecurigaan mengenai komitmen sebenar Pakatan Haramjadah tu dalam usaha mereka menentang Akta Pencegahan Jenayah PCA.
Tempoh hari, mereka juga yang beria - ia menuduh Kerajaan ingin mengembalikan ISA sedangkan PCA tidak sama dengan akta yang dah dimansuhkan tu.
PCA merupakan akta pindaan jenayah, bukannya sama dengan ISA. Ianya hanya untuk penjenayah. Kalau ISA, sesiapa pun boleh ditahan.
Tapi, sejauh mana sebenarnya komitmen puak - puak Pakatan tu nak menghalang Akta Pencegahan Jenayah tu? Adakah mereka memberikan komitmen sepenuhnya?
Sudah tentu la tidak. Malah sehingga bacaan kali kedua malam semalam sebelum akta tersebut diluluskan, hanya beberapa kerat je yang hadir di Parlimen.
Dari 89 orang Ahli Parlimen Pakatan, hanya ada 66 orang sahaja yang hadir sewaktu undian belah bahagi dilakukan. Ke mana hilang yang selebihnya?
Ada 23 orang Ahli Parlimen Pakatan yang hilang sewaktu undian tersebut dilakukan malam semalam. Ke mana perginya diorang semua?
Malah, Si Ketua Penipu tu sendiri pun tak de. Persoalan itu turut menjadi tanda tanya bagi blogger PAS ni. Dia pun tertanya - tanya ke mana Si Ketua Penipu tu pergi.
Sebagai ketua pembangkang pandangan dan kupasan Anwar Ibrahim berhubung perkara berkenaan sangat penting.
Walaupun ahli dewan lain dapat memberi bahasan yang baik tetapi ia tidak sama dengan suara yang dilontar oleh Anwar. Tetapi kenapa Anwar tidak ada?Apakah Anwar tidak dimaklum mengenai pembentangan rang undang-undang berkenaan? Sebagai ketua pembangkang adalah mutahil kalau Anwar tidak memaklumi atau dimaklumkan rang undang-undang berkenaan.
Mengikut amalan biasa deraf rang undang-undang itu diberikan awal-awal lagi kepada semua ahli dewan untuk semakan dan penelitian.Anwar tidak mengambil bahagian langsung dalam apa-apa perbahasan, baik pada peringat dasar, jawatan kuasa atau pada bacaan kedua dan peringkat akhirnya. Beliau memasuki dewan selepas rang undang itu diluluskan dengan majoriti dari pihak kerajaan. - MSO
Nah! Itu persoalan yang harus dijawab oleh konco - konco Si Ketua Penipu tu. Nampak sangat la diorang ni setakat pandai mengabihkan masa.
Bila dah habis perkara tu dibahaskan, diorang masih nak bising - bising lagi buat apa? Tak masuk akal lansung. Rumah dah siap, pahat masih berbunyi apa kejadahnya.
Masa Rang Undang - Undang tu dibahaskan, batang hidung Si Ketua Penipu tu pun tak nampak. Lepas habis, dia pulak yang nak tunjuk Hero? Lepas habis perang baru nak tunjuk muka yang kena cucuk botox tu, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.