Khamis, Oktober 17, 2013


Alamak!!! Apa ni? Ini dah kira kes terbalik ni. Biasanya kita dengar orang pompuan yang kena ugut. Kalau tak bayar duit, gambar bogel diorang yang akan didedahkan.

Tapi kali ni lain pulak ceritanya. Lelaki pulak yang kena ugut oleh pompuan untuk didedahkan gambar bogel dia dalam laman media sosial. 

Aiseh, macam mana boleh jadi macam tu? Macam mana pompuan tu boleh dapat gambar bogel lelaki berkenaan? Pelik sungguh kes ni.

Jeng... Jeng... Jeng... Ni mesti ada cerita lain disebalik misteri ni. Mesti ada benda yang tak kena. Apa pun, kita biarkan pihak Polis jalankan tugas mereka. Tapi ianya peringatan untuk kita. Dalam media sosial ni, macam - macam boleh berlaku!!!
Seorang lelaki hidup dalam kebimbangan apabila gadis dikenalinya melalui laman sosial mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya, jika dia tidak membayar RM5,000 bagi menutup aibnya. 

Kejadian itu berlaku 7 Oktober lalu, apabila mangsa berusia 20 tahun berkenalan dengan gadis berkenaan menerusi laman sosial, sebelum suspek memintanya memuat turun aplikasi baru bagi membolehkan mereka berbual melalui panggilan video. 

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Samsudin Wan Osman, berkata siasatan mendapati mangsa dipujuk gadis itu untuk berbogel melalui aplikasi panggilan video dan mangsa yang tidak memikirkan risiko, mengikut arahan gadis itu. 

“Selepas setengah jam mangsa berborak dengan gadis itu, mangsa diarahkan membuka alamat laman sosial lain dan mendapati gambarnya dalam keadaan bogel dipaparkan pada laman itu. 

“Suspek kemudian menghubungi mangsa dan mengugut akan menyebarkan gambar itu jika tidak membuat pembayaran melalui penghantaran ekspres atas nama seorang gadis dipercayai warga Filipina dalam tempoh ditetapkan,” katanya. 
Categories:

4 ulasan:

  1. Sebenarnya Melayu itu pengecut, kalau tak ada penaugan politik dah lari bertempiaran.

    BalasPadam
  2. https://www.facebook.com/anna.limchu ..... hati hati dengan id ni .. yang memeras ugut orang malaysia sekarang ni ... ambil gambar secara curi curi kemudian mengugut

    BalasPadam
    Balasan
    1. bodoh banget c tu orang dia fikir dia siapa nak ugut orang melayu

      Padam
  3. lelaki pantang nampak tempat urut, nak2 perempuan urut lagi dia suka..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping