SH teringat pulak sejarah Salahuddin Al - Ayubbi yang berperang untuk merampas kembali Kota Jerusalam atau Baitulmaqdis dari tentera salib.
Masa tu ada seorang Raja yang sangat dihormati oleh Salahuddin sendiri. Walaupun Raja tu masih budak, tapi dia cukup bijak dalam diplomasi.
Hubungan Raja tu dengan Salahuddin cukup baik. Namun malangnya, Raja tu meninggal dunia pada usia yang muda kerana mengalami penyakit kusta.
Selama dia jadi Raja di Baitulmaqdis, tak pernah sekali pun Salahuddin cuba nak merobohkan kota bersejarah tu. Tapi selepas Raja tu meninggal dunia, lain ceritanya.
Raja yang mengambil alih tahta Baitulmaqdis tu tak reti memerintah. Dia lebih rakus dan terlalu yakin pada diri dia sendiri. Dia ingat dia boleh kalahkan Salahuddin.
Raja yang baru tu sebelum ni marah sebab Raja Budak tu terlalu baik dengan Salahuddin. Maka sebab itulah dia nak buktikan bahawa selama ini Raja Budak tu lembik.
Tak sampai sebulan dia memerintah, Raja baru tu dah kena tangkap dengan Salahuddin bila dia tewas dimedan perang. Seterusnya, Salahuddin merampas kembali Baitulmaqdis.
Kiranya, situasi di Sungai Limau pun lebih kurang macam tu la jugak. Dulu, PAS mampu mempertahankan DUN tersebut sebab ada pemimpin macam Tok Jan.
Tapi, andaikata diorang salah letak calon untuk mempertahankan DUN tersebut dalam PRK kali ini, alamatnya, hilang la DUN tersebut. Letak la orang yang rakus nakkan kuasa, maka jangan salahkan orang lain kalau kubu diorang runtuh!!!
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata BN kini mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau pada pilihan raya kecil (PRK) nanti walaupun kerusi itu dikuasai PAS sejak lima pilihan raya umum (PRU).Katanya PAS menang di kawasan itu sejak 1995 menerusi bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak disebabkan daya tarikan peribadi Azizan dalam kalangan pengundi."Dulu Tan Sri Azizan dia tak kempen pun tapi dia menang, kerana personaliti. Orang sokong dia kerana personaliti dia, bukan parti. Sekarang mungkin orang nak tukar selera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan hotel terbaru syarikat MK Land Holdings Berhad, 'Ombak Villa' di Langkawi malam tadi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.