Selasa, Oktober 29, 2013


Ikut beb!!! Jangan tak ikut. Kalau tak ikut nanti hilang tiket ke sorga!!! SH yakin, kenyataan Si Nik Aziz ni akan dijadikan modal untuk puak - puak PAS tu berkempen malam ni.

Dan bagi mereka yang wala', sudah pasti fatwa ini akan dituruti oleh semua pengikut - pengikut karat Parti Angguk Saja tu. Kecuali mereka yang terbuka mindanya.

Apa tidaknya. Si Nik Aziz ni hanya pandai keluarkan fatwa je. Padahal apa benda GST tu pun dia tak tau. Dia main cakap ikut suka hati dia je. Jadi, macam mana kita nak ikut?

Menurut 'fatwa' Si Nik Aziz tu, setiap undi dalam PRK Sungai Limau yang rakyat berikan kepada BN umpama mereka mengundi untuk menaikkan harga barang.
"...kenaikan harga barang yang berlaku selepas pilihan raya seperti harga minyak, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan banyak isu lain membuktikan bahawa Umno-BN tidak berniat untuk meringankan beban rakyat bawahan.

"Justeru, pengundi Dun Sungai Limau wajib buat pilihan yang tepat bagi membuktikan rakyat tak reda dengan kenaikan harga barang," dakwanya.
Menyuruh orang buat benda yang kita sendiri pun tak tau hujung pangkalnya boleh buat orang sesat. Dan mungkin itulah tujuan Si Nik Aziz ni keluarkan fatwa tersebut.

Kalau bab isu harga barang naik, minyak naik semua dia sebut. Sampaikan benda yang dia sendiri tak faham pun dia bantai cakap jugak. Kan sesat namanya tu?

Kenapa Si Nik Aziz tu tak bagi komen pasal tuntutan puak - puak COMANGO? Padahal, dia lebih mengetahui bab itu. Tapi kenapa dia hanya mendiamkan diri?

Tuntutan COMANGO tu semuanya ada kaitan dengan akidah umat Islam. Semuanya perkara - perkara yang lebih diketahui oleh Si Nik Aziz tu. Kenapa dia tak buat fatwa?

Jika benar Si Nik Aziz tu dianggap sebagai seorang 'Tok Guru' maka isu tersebut perlu diberikan perhatian lebih serius kerana ianya ada kaitan dengan Islam.

Tapi malangnya, perkara tu tak berlaku. Dia hanya menyentuh isu - isu yang berkaitan dengan duniawi semata - mata hanya kerana kepentingan Politik.

SH cabar Nik Aziz secara terbuka untuk membuat kenyataan rasmi dan mengumumkan pendirian dia terhadap tuntutan - tuntutan yang dibuat oleh COMANGO.

Nyatakan sama ada dia setuju atau tidak dengan tuntutan mereka untuk menghapuskan undang - undang syariah termasuk Murtad serta LGBT. Jangan hanya setakat pandai memburuk - burukkan orang lain je kerjanya!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. sori bro, walaupun aku ahli UMNO, tp aku rasa kali ni apa yg Nik Aziz ckp tu betul...kita dah terbeban dgn kesempitan hidup di bandar...kerajaan asyik nak tarik subsidi...kurang2 turunkan lah harga roadtax or cukai kereta...barulah adalah 'something' yg rakyat mcm kita ni dpt...BR1M dah tentu2 aku x layak bro..

    BalasPadam
  2. patut pork nick keluarkan kenyataan ni sekali...

    "Justeru, pengundi Kelantan wajib buat pilihan yang tepat bagi membuktikan rakyat tak reda dengan isu air paip yang tak pernah bersih"

    BalasPadam
  3. mohon pautan di blog tuan tq.....http://korekcium007.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Aku pun ahli UMNO tp kita kena gak rasional dgn apa yang kerajaan buat..logik akalnya takder mana-mana kerajaan didunia ni nak membebankan rakyat..apa yg berlaku pastinya ada sebab..pasti ada kesan baik dan buruk..renung-renungkan dan pikir-pikirkanlah

    BalasPadam
  5. apa bangang laa punya nik ajis ni .. harga air naik sampai 30% kat kelantan dia tak nak cakap kee ??? kat Selangor gerai-gerai untuk peniaga kecil semuanya naik sampai cukai pun naik , malah parking pun naik ..

    jadi Pakatan ni hanya munafiklaa , bila kerajaan umumkan kenaikkan harga mereka laa nombor satu yang melalak TAPI dinegeri sendiri lagi teruk habis semua nak dinaikkan !!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping