Hehehe... Memang Si Mahfuz Bean ni seorang yang lucu dan dalam masa yang sama dia juga memang seorang lelaki yang pelik. Tu pasal orang gelarkan dia Mahfuz Bean.
Tu pasal masa mula - mula PAS lantik dia jadi 'Kepala' dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau tu ada sahabat media SH yang gelak sakan.
Belum dia buat apa - apa lagi, Si Mahfuz Bean tu dah mampu buat diorang ketawa. Inikan pulak sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil ni berjalan.
Salah satu kenyataan media yang menggambarkan kelucuan Si Mahfuz Bean tu ialah pihak Free Malaysia Today dalam artikel yang disiarkan semalam. Kata mereka:
Paling melucukan PAS sanggup mengubahsuai gambar orang lain kononnya calon PAS sedang menemui Azizan ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah. PAS mengakui kesilapan itu yang menuduh ia dibuat oleh pelukis grafik.
Hah! Tu baru cerita lucu. Belum cerita bab pelik lagi beb. Yang bab peliknya ialah bila Si Mahfuz Bean tu cuba menimbulkan keraguan dalam penghantaran SMS sebelum ini.
Kata FMT, ianya satu langkah yang pelik apabila Si Mahfuz Bean tu sanggup bersumpah tapi dalam masa yang sama dia tak buat laporan kepada pihak Polis.
Yang peliknya kenapa Mahfuz tak berani buat laporan polis supaya pihak polis menyiasat perkara ini. Isu SMS palsu ini pernah berlaku di Terengganu kerana kononnya Setiausaha Sulit Menteri Besar, Datuk Wan Ahmad Wan Muda mengugut bunuh kepada ADUN BN.Wan Ahmad membuat laporan polis dan hasil siasatan polis bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ramzi Zubir didakwa di mahkamah dan beliau didapati bersalah.
Kenapa Si Mahfuz tu tak ambik tindakan sedemikian? Adakah dia jugak berpendapat bahawa Polis ni semuanya tak boleh harap seperti yang dilakukan oleh DAPigs sebelum ni?
Atau adakah dia kurang yakin sekiranya dia buat laporan dan yang akan didakwa adalah orang yang berada disekeliling dia sendiri?
Siapa tau beb. Dalam Politik ni macam - macam benda yang boleh berlaku. Kadang - kadang orang sebelah kita pun boleh tipu kita. Jadi, ianya tak mustahil.
Mana tau kot - kot salah seorang budak - budak yang ikut Si Mahfuz Bean tu yang hantar mesej tu guna nombor telefon dia tanpa dia sedari. Benda tu logik juga.
Waima dia dah angkat sumpah, memang betul la dia tak buat kerja tu. Tapi orang lain yang ada disekeliling dia yang buat. Kita mana tau ye tak.
Jadi, untuk menegakkan Kebenaran, elok la Si Mahfuz tu ambik tindakan yang sewajarnya. Buat la laporan kepada pihak Polis. Tu pun kalau dia nak orang percaya cakap dia la. Kalau tidak, selama - lamanya la dia akan tetap dianggap sebagai Penipu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.