Halamak ai!!! Pecah dah kepala Si Mahfuz Bean tu memikirkan macam mana caranya diorang nak panggil pengundi - pengundi luar supaya balik mengundi 4 November nanti.
Penyudahnya, terpaksa la diorang merayu dalam sidang media dengan harapan supaya dapat meraih simpati dari kalangan pengundi - pengundi luar tu.
Kata Mahfuz, pengundi luar ni WAJIB balik untuk mengekalkan DUN Sungai Limau dibawah PAS. Sekali lagi dia menggunakan nama Allahyarham Tan Sri Azizan sebagai modal.
Selain itu, Si Mahfuz ni jugak turut menyatakan bahawa BN Kedah tidak akan tergugat sekiranya Sungai Limau kekal menjadi milik PAS sekali pun.
Itu kata dia ye tak. Masa nak merayu ni memang la dia cakap macam tu. Cuba kalau menang nanti. Tentu - tentu tempo dia lain macam bunyinya.
Dah tentu Si Mahfuz Bean tu akan kata bahawa kemenangan mereka di Sungai Limau adalah satu manifestasi rakyat yang menolak Barisan Nasional.
SH yakin, ayat tu atau yang ada kaitan dengannya akan menjadi bahan untuk dijaja kepada rakyat sekiranya mereka menang. Tapi, boleh ke diorang menang?
Kalau tengok gaya 'TERDESAK'nya Si Mahfuz Bean dan jentera - jentera PAS tu buat kerja, nampak gayanya diorang pun dah semakin cuak.
Kalau diorang tak cuak, kenapa sampai tahap diorang sanggup menipu dan mengedarkan gambar palsu dalam flyers kepada penduduk dikawasan Sungai Limau ni?
Andaikata diorang tak cuak, tak payah la diorang susah - susah nak buat 'Black Ops' dengan menghantar SMS memburukkan calon BN dan kemudian tak mengaku.
Jika diorang yakin diorang boleh menang, tak perlu la diorang nak buat tuduhan bukan - bukan mengenai susu tamat tempoh yang tak pernah diedarkan kepada sesiapa tu.
Jadi, memang sah la diorang ni cuak tak tentu arah sebenarnya. Memang nampak sangat yang diorang dah mula tak senang duduk sebab mula panas punggung ye tak?
Bercerita tentang pengundi luar ni, SH dengar cerita, Ahad lepas PAS ada buat perjumpaan dengan pengundi- pengundi luar yang berada di Kuala Lumpur.
Perjumpaan yang diaturkan di KUIZM tu dianggarkan akan mendapat sambut dari 1000 ke 2000 orang yang berada disekitar kawasan Lembah Klang.
Tapi malangnya, yang datang hanya ada 400 orang je. Tu pun belum tentu lagi diorang akan balik kesemuanya. Kalau balik pun, tak semestinya diorang undi PAS.
Mungkin atas sebab itulah Si Mahfuz Bean ni TERPAKSA merayu kepada mereka agar pulang pada hari pengundian nanti. Cuma korang jangan silap pulak ye.
Si Mahfuz ni bukan suruh diorang balik untuk mengundi PAS atau mengekalkan Sungai Limau menjadi hak milik PAS. Sebaliknya dia nak orang balik dan naikkan nama dia je!!! Maklum la, kalau menang orang akan anggap dia yang berjaya. Tu je tujuan dia!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.