Heh! Ini yang peliknya dengan Si Mahfuz Bean ni. Suka betul dia buat benda yang tak masuk akal macam ni. Apa sebenarnya tujuan dia?
Dalam kenyataan media dia semalam, Si Mahfuz Bean ni merayu supaya pihak Kerajaan menaikkan subsidi padi demi untuk membantu petani.
Kata Mahfuz, kenaikkan subsidi tersebut akan memberi kelegaan kepada 144, 958 orang petani yang melibatkan keluasan bendang sebanyak 300,000 hektar.
"Kali terakhir subsidi padi dinaikkan ialah sekitar tahun 1990...dari RM164.40 setan kepada nilai subsidi terkini."Selepas lebih 23 tahun subsidi harga padi masih belum disemak semula. Jadi dicadangkan dinaikkan sebanyak 50 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi di Pulau Timbun dekat sini hari ini.
Bagi SH, kalau betul Si Mahfuz tu nak membantu petani, dia sepatutnya mintak Kerajaan beri bantuan terus kepada Petani. Naikkan subsidi untuk petani.
Bukan naikkan subsidi padi. Kalau naikkan subsidi padi, nanti diorang jugak yang akan buat cerita kononnya kroni je yang akan dapat keuntungan.
Mungkin Si Mahfuz tu sengaja nak perangkap Kerajaan gamaknya dengan membuat rayuan sedemikian sebab dia tau, syarikat yang proses padi ni juga milik Bumiputera.
Jika sebelum ini, diorang jugak yang bising - bising kata Kerajaan sengaja nak bantu kroni sendiri, tak mustahil jika ianya berlaku mereka akan buat benda yang sama. Maklum la, dasar Pembangkang la katakan. Buat baik pun diorang bangkang jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.