Di tengah keributan mengenai isu guna-guna Dewi Persik menyatakan dia juga pernah berdepan pengalaman tidak menyenangkan ketika berada di negara jiran.
Kata Depe begitu selebriti itu lebih dikenali dia pernah ditangkap polis Singapura kerana disyaki mengambil dadah. Katanya, dia ditangkap ketika menjalani penggambaran filem Pantai Selatan di negara berkenaan.
“Saya disyaki menggunakan dadah. Sama seperti suspek lain, saya kemudian diarah menjalani ujian tetapi mereka gagal menemui sebarang bukti,” katanya.
Justeru, kata Depe, dia berharap tiada mana-mana pihak cuba mencemarkan nama baik dengan mengaitkan isu dadah kepadanya.
Kata Depe, dia mendedahkan pengalaman itu kerana menganggap ia ada kaitan dengan masalah guna-guna yang didakwanya baru-baru ini.
Menurut penyanyi yang popular dengan aksi goyang gergaji itu, ramai pihak tidak menyenangi dirinya.
Justeru, kata Depe, dia semakin mangli dengan pelbagai cubaan orang yang ingin menjatuhkannya.
Bagi menghadapi sebarang kemungkinan Depe memilih untuk lebih banyak berserah kepada Tuhan. “Saya lebih banyak berdoa dan fokus hanya kepada kerja saja,” katanya.
Depe sendiri mengaku sudah tahu siapa individu bertanggungjawab di sebalik gangguan yang dialaminya namun pada awalnya enggan memberi komen sama ada ia membabitkan kalangan artis.
“Saya tak takut kerana ilmu hitam tidak akan berkesan kepada orang yang tulus dan berhati bersih,” katanya.
Ps: Cit! Ayat yang last tu yang tak boleh blah tu. Macam masuk bakul angkat sendiri jek. Tulus sangat ke dia ni? Ke... ke... ke...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.