Jumaat, November 01, 2013


Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mendakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah telah lewat tiba di kawasan tragedi kebakaran rumah Flat Kg Kerinchi meninjau keadaan mangsa.

Menurut beliau kepada mynewshub.my, Nurul Izzah tiba lewat sedangkan beliau dan beberapa orang daripada Umno Lembah Pantai tiba seawal pukul 5.30 petang dan melakukan urusan antaranya  memanggil bomba.

“Dia datang lambat tau.. dia baru datang, Kita UMNO 5.30 dah ada sini, dari mula kebakaran.. panggil bomba, hubungi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKP) dan membantu mereka semua turun daripada rumah pangsa ialah UMNO,” katanya.

Raja Nong Chik berkata pihaknya akan berhubung dengan Yayasan Wilayah Persekutuan untuk tujuan mendapatkan sumbangan bagi mangsa-mangsa yang terlibat dalam kebakaran rumah pangsa 17 tingkat di Kg Kerinchi itu.

“Kita akan uruskan dengan Yayasan Wilayah Persekutuan untuk dapat sumbangan, DBKL juga akan menyediakan perumahan untuk mangsa yang merupakan warga tempatan sahaja dan kita akan usahakan sumbangan dari agens-agensi lain,”

Mangsa-mangsa yang kehilangan tempat tinggal akan ditempatkan di sebuah dewan milik UMNO berdekatan.

Beliau kemudiannya berharap mangsa kebakaran bersabar dan pihaknya akan membantu seberapa boleh terutamanya dalam mendapatkan saluran sumbangan kewangan bagi meringankan beban mangsa.

“Bersabarlah, kerajaan BN akan bantu seberapa banyak yang boleh melalui UMNO dan berusaha untuk mendapat saluran-saluran untuk bantuan.

“Saya telah berjumpa dengan Pengerusi Badan Pengurusan Bersama rumah pangsa ini dan beliau kata ada perlindungan insurans, kita berharap pihak insurans dapat segeralah menilai.. sebab ini bukan bawah DBKL, ia di bawah pengurusan individu,” katanya.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Macamana Nong Chik boleh kalah? Kerja kuat, menteri pulak tu.

    Dia kurang melawat kawasan seberang Federal Highway sekali kot?

    BalasPadam
  2. Nong chik kalah ditangan manusia liberal yang udah senang-lenang. Yang susah, Nurul Izzah mana nak jumpa, Nong Chik jugak yang prihatin...

    BalasPadam
  3. Memang org2 PKR macam tu ..nak glamour jer..tengok saja Raya Haji hari yg lepas..di sebuah masjid kat lembah pantai..org sebok buat korban ..PA si nurul ijah tu dtg..pakai baju T shirt PKR lagi...tengok jer..lepas tu lesap sekejap...dan muncul semula bila ade sebuah tv channel interview ajk masjid..dia dtg kat camera tu dan tunjuk muka...depan kamera..konon dia tolong ajk la...lepas interview tengok sana sini macam MANDOR..lepas tu lesap......

    BalasPadam
  4. semua org PKR mcm tu..tengok ajer hari raya haji hari tu..PA nulul ijah dtg kat sebuah masjid di lembah pantai ni..org sebok korban dan memotong daging2 korban...dia datang dan pakai T shirt PKR lagi..sebok tengok kanan & kiri ..lepas tu lesap skejap...ade satu tv station menemuramah ajk masjid..si PA ni muncul semula.. pi kat tv stesen tu..dok depan kamera..nak tunjuk yg dia ade kat situ la (rasa riak PKR) lps interview..round satu pusing macam MANDOR..lps tu lesap ...sampai habis..itu lah PKR....

    BalasPadam
  5. kalau dia smpi awal pon apa dia bleh buat.korang umno dh smpi awal buat ler keja dgn ikhlas.xpayah nak canang seantero malaya.Allah tau mana yg hipokrit dan mana yg ganyang duit rakyat dan mana yg ikhlas Fisabillillah.Takbir! Reformasi...blogger cuma berani dlm blog jer.bila nk di saman...hampeh xgaku.macam sipondan papagomo....bacul dan dayus tahap 4...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping