Inilah masalahnya bila puak - puak Parti Angguk Saja ni terdiri dari kalangan orang - orang yang tak sedar diri. Bila bercakap, diorang je yang hebat - hebat.
Orang lain semuanya setakat dibawah tapak kaki dia je. Kira tak setaraf la dengan kedudukan dia. Itu la yang cuba nak disampaikan oleh Ostazah Ecah ni.
Dalam ceramah Si Ostazah Ecah malam semalam, dia jelas membidas kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Kazim Alias mengenai ilmu dalam bab berceramah. (Klik Sini)
Walaupun kenyataan Ustaz Kazim tu tidak ditujukan kepada sesiapa, tetapi nampak gayanya Si Ostazah Ecah ni terasa pedasnya. Maka sebab itu dia buat kenyataan dibawah.
Si Ecah tu kata, orang yang nak bagi ceramah bab agama ni tak perlu ilmu tinggi untuk menegur dan mengkritik tindakan salah yang dibuat oleh Kerajaan BN.
Kalau nak diukur dengan tahap ilmu, maka Si Ecah ni pun cerita la yang dia dulu pernah belajar dan menuntut sehingga ke New Zealand.
Kiranya, tujuan Si Ecah tu adalah untuk menunjukkan yang dia pun ada ilmu tinggi jugak. Bukan la dia ni datang dari sekolah pondok atau sebagainya.
Namun, adakah ilmu yang dia belajar di New Zealand tu melayakkan dia untuk bagi ceramah dakwah tentang Islam kepada orang lain?
Kalau setakat nak mengutuk dan mengeji orang lain, memang la tak perlu belajar tinggi. Dan hakikatnya memang itu pun yang dilakukan oleh Si Ecah ni semalam.
Dia hanya sekadar pandai membuat dakwaan tanpa berlandaskan fakta yang sebenar. Dia cuma menuduh orang buat benda yang dia sendiri pun tak pasti ianya benar atau pun salah.
Tapi, apa boleh buat ye tak. Kalau dah namanya pengikut tegar Parti Angguk Saja tu, memang macam tu la perangai diorang pun. Diorang je yang bagus. Padahal, diorang setakat tau mengutuk orang je tak tentu arah. Bila orang kutuk dia, tau pulak dia marah!!!
Salam...dulu bila Ogy Ahmad Daud berubah dan mula memberi ceramah menceritakan pengalamannya mendapat hidayah...jab. agama terus ambik tindakan melarang beliau berbuat sedemikian kerana dikatakan tidak layak memberi ceramah hal2 agama...sekarang ni atas nama politik semua dah boleh..
BalasPadam