Selasa, November 19, 2013


Pelakon Nora Danish mengambil pendekatan untuk tidak lagi menerima tawaran berlakon berwatak wanita manja kerana mula berasa malu.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, dengan statusnya sebagai seorang ibu kepada Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, dia menganggap watak sebegitu tidak lagi sesuai dengannya.

"Memang saya segan membawakan watak-watak comel dan manja kerana rasa tidak sesuai dengan diri saya. Cukuplah watak itu pernah saya bawa sebelum ini.

"Tambahan pula dengan status saya sebagai ibu serta usia yang semakin meningkat, mungkin saya memerlukan watak-watak yang lebih matang," katanya kepada mStar Online.

Tambah Nora yang dicalonkan bagi pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2013(drama Di Bawah Langit Mu), dia juga mula memilih watak seperti yang dilakonkan dalam filem Bencinta iaitu seorang wanita yang lebih tegas dan serius.

Sementara itu, kata Nora, sehingga hujung tahun ini, dia akan sibuk dengan persiapan teater muzikal Bahayanya Wanita yang bakal dipentaskan bermula 20 hingga 31 Disember depan di Istana Budaya.

Beritahu Nora, buat pertama kalinya dia akan menyanyi menerusi teater tersebut lebih daripada lima buah lagu.

"Dalam banyak-banyak perkara, menyanyi adalah cabaran paling sukar sekali. Iyalah, saya bukannya pandai menyanyi sangat. Sehinggakan saya membuat latihan dengan menyanyi karaoke di rumah. 

Dan pada masa sama mengharapkan agar lagu-lagu yang saya bawakan itu dirakamkan terlebih dahulu sebelum pementasan," selorohnya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping