Jumaat, November 15, 2013



Bukan satu isu baru bila bercerita mengenai masalah 'kebocoran' ni. Dah banyak kali dah isu yang sama dibangkitkan sejak beberapa tahun yang lalu.

Sepatutnya pada waktu ini dah ada satu garis panduan dan tindakan tegas yang dikuatkuasakan supaya masalah yang sama tidak berulang.

Persoalannya, siapa yang sanggup 'tabur pasir dalam periuk nasi sendiri' demi untuk kepentingan orang lain? Adakah orang tu saja je nak makan pasir?

Kalau perkara tu tak mengganggu gugat Keselamatan Negara tak pe lagi. Andaikata ianya ada kaitan dengan Keselamatan Negara macam mana? Alamat jahanam la jawabnya!!!

Sedangkan rahsia sulit macam ni pun tak mampu nak diperlihara dengan baik, inikan pulak dengan rahsia lain. Sampai bila perkara macam ni nak dibiarkan? Takkan nak tunggu Negara jahanam baru nak ambik tindakan kot!!!
JOHOR BAHARU: Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Johor diminta menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung cadangan mengubah cuti mingguan daripada Ahad kepada Jumaat.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abd Rahim Ramli berkata tindakan pihak berkenaan yang menyebarkan maklumat itu menerusi laman sosial Facebook merupakan kesalahan serius kerana membocorkan rahsia sulit kerajaan negeri.

"Dokumen berkenaan adalah rasmi dan ia merupakan satu kesalahan serius, bagaimana ia boleh bocor dan siapa yang memboloskannya.

"Saya difahamkan SUK telah memulakan siasatan tentang perkara ini sejak semalam dan kita nak tahu bagaimana dan siapa yang membocorkan dokumen rasmi ini kerana ia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)," katanya.

Sejak awal minggu ini, berita tentang pertukaran hujung minggu negeri Johor daripada hari Ahad kepada hari Jumaat berkuatkuasa pada Januari tahun depan mula tersebar di laman sosial tanpa ada sebarang pengumuman rasmi berhubung perkara itu oleh kerajaan negeri.

Lebih memeranjatkan apabila gambar dokumen sulit mengenai perkara itu yang dialamatkan kepada SUK dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertarikh 9 Oktober 2013 turut dimuat naik dalam laman sosial itu bagi menyokong berita berkenaan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping