Rabu, November 06, 2013


Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini membidas sikap pembangkang yang sering menyalahkan pihak lain walaupun dalam situasi yang menguntungkan parti itu termasuk di PRK Sungai Limau.

Tindakan Pas mendakwa adanya cubaan 'mensabotaj' parti itu kerana menetapkan hari mengundi pada hari bekerja - sehingga menyebabkan majoriti undi parti itu merosot - sebagai tidak wajar.

"Ini merupakan salah satu adat perlawanan pilihan raya. Pembangkang ini kalau dia kalah, SPR yang disalahkan, SPR tak betul dan sebagainya.

"Begitu juga, jika jumlah kurang (peratusan mengundi) yang disalahkan kerajaan BN. Sedangkan dalam pengurangan jumlah itu, kita (BN) juga terlibat," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sidang media selepas sambutan Majlis Maal Hijrah 1435 peringkat kebangsaan, di sini, hari ini.

Jamil turut membidas sikap pembangkang yang terus-terusan "mencurigai" keupayaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengendalikan pilihan raya secara adil dan bebas.

"Semalam saya berada di ground zero. Kereta SPR pun dibuka, nak 'check' tong (peti undi) dan sebagainya. Sedangkan borang 12 telah pun ditandatangani.

"Saya melihat tong itu tidak perlu diperiksa sebab kedua-dua wakil telah menandatangani penjumlahan yang telah dibuat oleh peti-peti undi masing-masing.

"Ini maknanya betapa kecurigaan dan ketidakfahaman tentang peraturan SPR," katanya.

Malah ujar Jamil, BN juga boleh memilih untuk bertindak seperti pembangkang dengan mempertikaikan keputusan kerana merasakan parti itu punya peluang cerah di Sungai Limau namun enggan berbuat demikian kerana menghormati ruang demokrasi.

"... kita tak menyalahkan siapa mensabotaj siapa kerana pengundi ada hak masing-masing untuk memilih... untuk nak hadir atau tak nak hadir pada PRK yang lalu (semalam)," katanya.

Ps: Apa nak heran. Mentaliti orang macam Si Mahfuz Bean tu hanya setaraf 'LULUS SRP'. Bukannya tinggi mana sangat pun.

Hakikatnya, pemimpin PAS ni memang macam tu perangai diorang. Diorang ni jenis manusia yang tak mampu terima Kebenaran.

Tu pasal bila orang kata yang PAS ni bawak ajaran sesat diorang tak nak mengaku!!! Malah, ada ahli PAS dakwa parti tu bawak ajaran Syiah pun diorang takkan terima!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping