Rabu, November 06, 2013


Mungkin itu la caranya Si Azmin tu boleh memiliki harta kekayaan yang melimpah ruah sewaktu dia jadi Setiausaha Sulit kepada Si Ketua Penipu tu kot.

Mungkin semua saham - saham, kenderaan dan rumah mewah tu semuanya turun dari langit kot. Jatuh ke bumi sebijik - sebijik macam hujan.

Tu baru jadi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Baru berapa tahun je dia menjawat jawatan tu dulu.

Sebelum dia diambil menjadi Setiausaha, Si Azmin tu hanya merupakan seorang kakitangan awam dengan gred 41. Jadi, macam mana dia mampu untuk dapat semua tu?

Macam mana dia mampu memiliki rumah Bunglow dua tingkat, kereta mewah dan sebagainya padahal dia hanya seorang kakitangan awam biasa?

Kalau orang lain, dah lama dah kena siasat. Dah tentu - tentu ada orang yang akan datang tahan dan dibawa untuk siasatan lanjut. Tapi dalam kes Si Azmin ni, tak jadi macam tu.

Mana la orang tak kata SPRM hanya membuka kes secara terpilih. Hanya orang - orang yang tertentu sahaja yang diorang akan panggil dan soal siasat.

Kalau kes yang berkaitan dengan pemimpin puak - puak Pakatan ni, tak de pulak diorang sibuk nak selesaikan. Tak de pulak diorang nak korek dalam - dalam.

Korang bayangkan la. Takkan la diorang tak nampak kekayaan yang dimiliki oleh Si Azmin tu dengan mata kasar. Dia bukannya duduk rumah kampung.

Malah, kalau kita baca dalam laporan yang didedahkan semalam, Pegawai BPR tu pun heran macam mana isteri Si Azmin tu pun boleh memiliki kekayaan sedemikian.

Walhal, isteri Si Azmin tu hanya seorang surirumah biasa je. Bukannya dia ada berniaga atau pun buat benda lain. Duduk jaga anak pun boleh ada saham beratus ribu ringgit.

Kira hebat la Si Azmin ni ek. Sampaikan SPRM pun sanggup menutup sebelah mata dan buat tak tau je apa yang berlaku depan mata diorang. Kalau benda ni berlarutan, jangan salahkan orang lain la bila rakyat mula tak percaya pada diorang!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Salam admin SH. Terima kasih kerana menyiarkan artikel yg ditunggu2 ini. Saya adalah seangkatan dengan Azmin, yg bezanya sy adalah SUS salah seorang Menteri manakala beliau SUS Menteri Kewangan dgn gaji RM2700 sb sama juga dgn gaji sy. Kami dilantik secara kontrak yg disebut "pinjam sementara". Kiranya Menteri tersebut tk nak kami lagi, atau dlm kes sy Menteri tidak dipilih lg sbgai calon dlm PRU, maka sy kembali ke jabatan asal dgn jawatan hakiki sblm dilantik sbgai SUS. BPR waktu itu telah membuka fail siasatan, namun apa yg sy dengar Dato' shafie (KP BPR) arahkan siasatan ditangguhkan. Mungkin kerana Azmin SUS TPM/Menteri kewangan dan ada siasatan terpilih agaknya. Utk makluman, waktu itu Azmin sudah pun memandu merc sdgkan kami yang lain2 hanya menggunakan proton saga saja serta memiliki sebuah bunglow di kawasan Tasek Titiwangsa. Fikir2 lah 2700 nak mewah macamana. Mohon admin pautkan blog sy yg serba kekurangan ini wwwmegatpanjialam.blogspot.com ke ke blog tuan. Terima kasih. Wassalam.

    BalasPadam
  2. Kekadang malas tak bercakap pasal SPRM ni...kalau ikan bilis pantas saja bertindak. Kalau jerung tahu pulak dia mengelak.

    BalasPadam
  3. SUSAHLAH MACAM NI.. KALAU SPRM PUN RASUAH. BAPAK JERUNG BOLIH LEPAS. IKAN BILIS TANGKAP ATAU DIAMBIL KETERANGAN. SOAL JAWAB BERHARI HARI.KALAU TAK TAHAN BOLIH BUNUH DIRI.
    SPRM SALAH SAPA BOLIH TAHAN. MANA TAHU KAWTIM SESAMA SENDIRI. KEPALA PEMBANGKANG PUN BAPAK PENIPU DAN RASUAH. KALAU TAK GUNA DUIT..GUNA KUASA YANG ADA. BERSILAT DAN GUNA SEGALA KUNTAU MENAFIKAN KESALAHAN DIRI. PECACAINYA PUN MENYOKONG MEMBABI BUTA ALMAKLUMLAH PEMIMPIN ANUGERAH TUHAN. MAKSUM MANJANG.
    PODAAHH...CIITTT..

    BalasPadam
  4. Pada saya, org UMNO yg masuk PKR dan org PKR yg masuk balik UMNO - semua tak boleh dipercaya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping