Jumaat, November 15, 2013



Hehehe...Yang diorang cerdik pandai pun boleh kena kencing dek Si Karpal Whilchar tu pasal apa? Diorang jugak la yang BODOH percaya sangat pada Si Karpal Whilchar tu!!!

Konflik antara PAS dan Karpal Singh bertambah tegang apabila Dewan Pemuda PAS hari ini mendakwa Pengerusi DAP itu seorang pembohong kerana secara terang-terangan menipu para pemimpin dan ahli PAS berhubung isu gesaan membatalkan pendaftaran parti itu.

Naib Ketua DPPM, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, Karpal sebelum inj menafikan beliau membuat gesaan supaya pendaftaran PAS dibatalkan dalam satu medianya baru-baru ini, tetapi siasatan DPPM ke atas rakaman sidang media itu mendapati sebaliknya.

“Kami mendapatkan sendiri rakaman penuh sidang media Karpal di Pulau Pinang pada 5 November lalu dan setelah mendengar dan meneliti rakaman penuh sidang media selama 24 minit 47 saat itu, kami mendapati penafian Karpal bahawa “saya tidak langsung menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya” adalah satu pembohongan.

“Ia kerana pada minit ke 6:07 rakaman jelas Karpal Singh menyebut “operating along religious, racial lines, is a very dangerous thing in a multi-racial and multi-religious society like ours. I think the time has come perhaps for all racial parties to be deregistered, that will include unfortunately even PAS." 

"Pada minit ke 8:40, ketika menjawab pertanyaan media berbunyi “You said earlier that any association formed with the religious line is dangerous for the county, how about PAS?” jelas Karpal Singh didengari menyebut “That was what I said, unfortunately includes PAS”

Pada minit ke 14:02 ketika menjawab pertanyaan media berbunyi “How to ban all religious and racial political parties, will it go against the freedom of association?” 

...jelas Karpal Singh didengari menyebut “Freedom of association does not mean that you can have associations which are divisive, I think there must be some limit to what freedom of association can constitute."

“Kritikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke atas Karpal bahawa “kenyataan begini tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin Pakatan Rakyat” juga adalah sangat berasas dan sederhana. 

Ini adalah kerana Pada minit ke 9:10, ketika menjawab pertanyaan media berbunyi “But PAS will not be happy with your statement, they are part of your Pakatan Rakyat, right?” jelas Karpal menyebut “They may be part of the Pakatan Rakyat but that does not mean we cannot say things which are in the interest of the country,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Raja Ahmad berkata, DPPM mendesak Karpal supaya menuntut maaf dari PAS kerana menyeru supaya parti dibatalkan pendaftarannya dan memohon maaf kerana membohongi PAS dengan tidak mengakui ada menyeru supaya PAS dibatalkan pendaftarannya.

Beliau turut menggesa Karpal memohon maaf daripada PAS kerana menyifatkan tindakan pemimpin PAS mengkritik beliau sebagai perbuatan buruk dan tidak matang semasa menafikan membuat gesaan membatalkan pendaftaran parti PAS.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. besi sejuk mana boleh pakai,itu semua UMNO punya perancangan.kahkahkah saya punya kencing mana boleh maaf,lu orang sudah basah,sekarang lu orang pergi jemur kasi kering la.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping