Isnin, November 04, 2013


Nampak gayanya, sindrom SMS ni makin menjadi - jadi dikalangan pemimpin - pemimpin Parti Angguk Saja tu. Makin hari, makin mengarut pulak kita tengok.

Meluat pun ada jugak. Balik - balik taktik lapuk tu jugak yang diorang nak guna untuk meraih dan merayu simpati dari kalangan rakyat. Kononnya diorang teraniaya.

Masa mula - mula dulu mungkin ada orang yang akan percaya dengan dakwaan yang diorang buat. Tapi, lama kelamaan, semua orang dah naik muak dengar cerita yang sama.

Dakwaan diorang kononnya nombor telefon diorang telah digodam dan sms yang dihantar semuanya bukan diorang sendiri yang buat. Kiranya, diorang nak tuduh BN la tu.

Awal - awal hari tu, Si Mahfuz Bean tu yang tampil menyatakan bahawa nombor telefon dia kena 'Hack' dengan orang dan menghantar SMS palsu kepada pengundi.

Kemudian giliran Si Phahrolrazi tu pulak. Dia punya telefom bimbit pun ada orang curi nombor telefonnya. Pun hantar SMS yang bukan - bukan jugak.

Semalam, timbul cerita pasal PAS nak bagi duit pada pengundi. Yang terima SMS tu pulak dikalangan ahli - ahli PAS sendiri. Tu yang membuatkan kita pelik.

Kali ni, cerita pasal kemenangan calon PAS pulak yang timbul. Kononnya SMS tu dihantar kepada pengundi supaya diorang tak keluar mengundi esok.

Maka, muncul la Si Mahfuz Bean tu semalam menafikan dakwaan yang telah disebarkan oleh SMS palsu tu. Dia merayu supaya pengundi jangan pedulikan sms tersebut.
"Saya merayu dan menyeru, agar semua pengundi keluar mengundi esok. Ketepikan dakyah sms yang disebarkan itu," katanya pada sidang media PAS di Markaz Induk hari ini.
Sekali lagi PAS membuat dakwaan SMS tu diterima oleh ahli PAS sendiri. Apa kejadahnya kalau orang nak sabotaj parti tu menghantar SMS kepada ahli PAS?

Dah tentu - tentu orang tu akan kantoi tak ingat dunia!!! Pun PAS masih lagi cuba nak menegakkan benang yang basah dan terus menipu rakyat?

Kot ye pun terdesak sangat nak meraih undi, jangan la istiqomah dalam bab menipu ni. Sekali dua tahan la orang boleh percaya. Tapi kalau dah banyak kali, nampak sangat mengarutnya. Lain la kalau menipu tu dapat Pahala!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Kedunguan Mahfuz, kebanggaan kami.
    -PAShit

    BalasPadam
  2. Apsal blog SH tak ada tarikh..patutnya setiap entri ada tarikh spy orang tahu sejarah entri

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping