PAHANG MENANG!!! Itu keputusan rasmi yang dicapai malam ini. Ada jugak pihak yang sebelum ini cuba mengambil kesempatan pertembungan Pahang menentang Kelantan.
Nak pulak dikalangan puak - puak Parti Angguk Saja tu. Nampak sangat yang diorang ni ketandusan idea untuk menarik minat orang muda menyokong diorang.
Sampai terpaksa diorang buat gimik kononnya pertembungan malam ini merupakan pertembungan diantara Ketua Pemuda PAS dan Timbalannya.
Jelas, apa yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS tu sesuatu yang memalukan ahli - ahli diperingkat akar umbi. Sampai tahap bolasepak pun diorang nak Politikkan juga?
Kalau macam tu, tak salah la jika ada juga pihak yang membuat andaian bahawa pertembungan malam ini merupakan pertembungan BN menentang PAS.
Dan terbukti BN berjaya memiliki kemenangan biar pun dengan kelebihan hanya 1 gol sahaja. Kira menang jugak tu, ye tak.
Maka, adakah ini tanda - tanda PAS juga akan turut kecundang dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau yang bakal diadakan pada hari ini? Sama - sama kita tunggu keputusannya nanti!!!
Insyallah BN lah
BalasPadam