Khamis, November 14, 2013



Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berharap kebenaran dapat diberikan lebih jelas terhadap pertuduhan fitnah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan dua lagi atas dakwaan menerbitkan berhubung isu pembelian tanah di Bukit Kiara.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu berkata, jangan keterlaluan memfitnah dalam politik sehingga mencalarkan maruah seseorang.

"Jadi tujuan saya bawa kes ini adalah supaya soal fitnah memfitnah khususnya dalam politik ini jangan lah keterlaluan sampai maruah saya dan keluarga saya juga tercabar." katanya selepas melakukan mediasi bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Sebelum ini, Raja Nong Chik memfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 17 Julai lepas melalui Tetuan Raja Riza & Associates.

Beliau menamakan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini, Lu Wei Hoong, sebagai defendan.

Sementara itu, Nurul Izzah yang turut hadir ke mahkamah menjelaskan, hakim telah menggesa supaya meneruskan proses mediasi sebelum pergi ke mahkamah.

"Saya diberi nasihat oleh pihak hakim untuk meneruskan mediasi terlebih dahulu sebelum per ke mahkamah, maka saya hormati.

"Saya fikir sebagai pemimpin yang beretika kita tidak seharunya mendedahkan kandungan (dokuman pembelian tanah) sehinggahlah satu keputusan muktamad yang akan dibuat dalam proses seterunya pada 10 Disember depan." katanya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Nong Chik, 60, mendakwa Nurul Izzah, 33, telah mengeluarkan kenyataan fitnah serta palsu berhubung pembelian tanah itu pada sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail di sini, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Categories: ,

1 ulasan:

  1. mulut macam puaka. apa nak cerita lagi. anak puaka ni dah menang. rnc dah kalah akibat resputasinya tercalar akibat fitnah jahat nurul izzah.
    kerosakan dah berlaku. baru nak settle luar mahkamah? sepatuynya tak perlu selesai..jalan terus..jangan bagi peluang. imej orang jatuh.
    bolih dibaiki? akai ada ka?
    tengok..macam muslimah baik2. tapi mulut tak tau nak jaga. poodaahh..ciitt.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping