Ahad, November 17, 2013


Kalau ikutkan Si rafizi tu, semua yang berlaku dalam PKR adalah sandiwara UMNO semata - mata. Semuanya didalangi UMNO kata dia.

Kalau bercakap ikut sedap Kepala Lutut je, baik tak payah Rafizi oi!!! Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung.

Terima je hakikat yang orang pun dah makin menyampah dengan PKR. Banyak sangat Politiking yang bukan - bukan. Semuanya setakat berjuang untuk diri sendiri je. Bukannya diorang buat untuk rakyat pun!!!
Datuk Wan Salleh Wan Isa mengumumkan dia meletakkan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Langkawi berkuatkuasa hari ini dan tidak akan melibatkan diri dengan parti berkenaan lagi.

Pengumuman dibuat dalam satu sidang media di Hotel De Baron, Langkawi.

Wan Salleh berkata, punca utama dia meninggalkan parti disebabkan PKR Kedah bagai tidak berfungsi dan masih tidak membuat sebarang aktiviti termasuk mesyuarat parti.

PKR pusat juga didakwa tidak mengambil berat kepada cabang seluruh Malaysia dan ketua yang bertungkus lumus menghidupkan parti selama ini hinggakan, pejabat PKR Langkawi terpaksa dikosongkan kerana mempunyai tunggakan sewa selama enam bulan.

Wan Salleh juga menyuarakan perasaan hampa kerana tidak diberi peluang untuk bertanding di DUN Kuah ketika PRU 13 lalu setelah peluang diberikan kepada orang luar yang disifatkannya tidak faham keadaan setempat.

Tambahnya, dia keluar parti bukan kerana ditawarkan wang ringgit oleh mana-mana parti malah tidak akan menyertai dan berkompromi dengan dengan UMNO juga selepas ini.

Sebaliknya dia akan tetap membantu anak bangsa menerusi badan NGO.

Sebelum ini Wan Salleh pernah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PKR Kedah, empat bulan lalu. Tempatnya digantikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. La, Johari Bedul tak buat kerja rupenye... asyik ngigau nak jadi P.Romlee je.. kah kah kah kah kah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping