Khamis, Disember 26, 2013


Sehingga kini, sudah 6 Majlis Amaga Islam Negeri menyatakan pendirian mereka terhadap penggunaan kalimah Allah oleh Bukan Islam termasuk Selangor dan Wilayah.

Yang kita masih tertunggu - tunggu iaalh bantahan dari kalangan mereka yang KONONnya memperjuangkan Islam sehingga sanggup menjadikan Islam sebagai alat dalam perjuangan Politik mereka.

Bila gamaknya diorang nak tampil dengan pendirian bersama mengenai isu ini? Bila agaknya diorang nak nyatakan pendirian diorang secara terang - terangan?

Takkan diorang hanya sekadar berani bila berhadapan dengan orang yang sama agama dengan diorang sedangkan dengan orang lain diorang sanggup jadi tikus pulak.

Kalau setakat nak memperjuangkan Islam atas dasar mahu sokongan dan undi kepada parti mereka, baik tak payah nak bangga diri dan mendabik dada kata diorang tu pejuang - pejuang Islam!!! Buat malu je jadi pejuang Islam tapi BACUL bila berhadapan dengan musuh!!!
Enam majlis agama Islam negeri dan satu badan Cina Muslim memohon kepada Mahkamah Persekutuan agar menggugurkan permohonan rayuan oleh Gereja Roman Katolik berhubung isu kalimah “Allah”.

Pihak berkenaan, dalam satu afidavit yang diperolehi menyebut, persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Gereja Katolik tersebut dalam rayuannya gagal memenuhi syarat bagi mahkamah tertinggi tersebut memberi kebenaran untuk mendengar rayuan berkenaan.

Ia turut mengemukakan alasan bahawa Mahkamah Persekutuan patut mengambil kira keputusan sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan kerana telah melakukan mendapat pernyataan fakta bahawa Kementerian Dalam Negeri sejak 1986 hingga 2009 secara konsisten memberitahu ketua Uskup Roman Katolik bahawa penggunaan 'Allah' bagi ganti nama 'Tuhan' di mingguan Katolik 'The Herald' akan mengakibatkan “rasa tidak senang hati” di kalangan orang Islam Malaysia.

"Ini kemudiannya akan mempengaruhi keselamatan negara. Ia akan membuang masa mahkamah jika memberi kebenaran untuk mendengar rayuan.

"Lebih-lebih lagi, pemohon (ketua Uskup Roman Katolij) gagal membuktikan penggunaan nama 'Allah' dalam Bahasa Malaysia oleh komuniti Kristian di sini sejak turun-temurun dan bukannya 'God' (Tuhan) seperti yang digunakan dalam bahasa Inggeris," afidavit itu dipetik.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping