Ahad, Disember 15, 2013


Alahai Fuziah!!! Dah banjir dah Fuziah oi!!! Yang dia masih jugak nak tegakkan 'Benang' tu apakejadahnya lagi? Pun masih dia nak cerita pasal 'Soal Hati'?

Apa, Si Fuziah tu ingat ini wayang filem ke nak bercerita pasal soal hati? Ini realiti Fuziah oi!!! Tolong la. Jangan la bagi alasan yang bukan - bukan.

Hakikatnya, kalau tak de angin takkan pokok tu bergoyang. Apa yang jelas, Si Fuziah tu dah kantoi mengambil kesempatan diatas kesempitan orang lain.

Dalam keadaan orang lain sedang 'trauma' dan menghadapi tekanan mental, masa tu jugak la dia datang mencucuk jarum. Menghasut rakyat yang sedang hadapi tekanan.

Kata Si Fuziah tu, isu berkaitan dengan mereka yang keluar UMNO baru - baru ini bukan sebab kerana 'Roti'. Tetapi ianya berkaitan dengan 'Soal Hati'.
“Bukan sebab roti, tapi rata-rata orang Kuantan, terutama mangsa banjir, berkecil hati dengan kelemahan agensi kerajaan kendali isu banjir," kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semalam.

Katanya, mereka amat terasa hati apabila kepayahan yang mereka alami seolah-olah dilayan sambil lewa oleh pihak kerajaan.
Eh! Kalau nak bercerita pasal ada pihak yang terasa hati, ramai lagi orang yang terasa hati dengan tindakan sambil lewa yang diambil oleh Si Fuziah tu sebenarnya.

Dah la dia balik lambat, lepas tu banyak pulak alasan yang dia bagi. Konon kata dia, nak bawak isu banjir tu ke Parlimen bagi mendesak Kerajaan isytihar darurat.

Alasan yang dia bagi ialah supaya bantuan dari pihak Kerajaan ni dapat disegerakan. Walhal, kalau tak diisytihar darurat sekali pun, bantuan tetap jugak akan sampai.

Persoalannya, adakah Si Fuziah tu benar - benar prihatin dengan apa yang melanda rakyat dikawasan dia pada ketika bencana melanda? Kalau dia prihatin, dah tentu - tentu awal dah dia turun.

Makluman awal dah diberikan. Tapi, apa respon dia? Dia masih lagi sibuk di Parlimen bercerita pasal 'Kuih Bengkang'. Pun dia masih nak tuduh orang tak hulurkan bantuan?

Sudah - sudah la Fuziah oi!!! Tak payah la nak buat cerita yang bukan - bukan. Kalau nak cerita pasal bab orang kecewa ni, ramai lagi yang kecewa dengan Ahli Parlimen Kuantan tu. Sampai hari ni, bilik gerakan dan Pusat Khidmat dia pun masih tak beroperasi. Jadi, tak payah la dia nak cerita pasal orang lain!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Apa kah benar sebuah kuil sebesar batu caves akan didirikan dikuantan?????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok video dalam artikel ni ye... terima kasih...
      http://semuthitam80.blogspot.com/2013/12/video-amoi-pengsan-lepas-tengok-youtube.html

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping