Ahad, Disember 15, 2013


DAP Selangor meletakkan sasaran untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50% sokongan daripada majoriti Melayu di negeri itu bagi memastikan Pakatan Rakyat (PR) kekal memerintah Selangor dalam pilihan raya umum akan datang, kata Teresa Kok (gambar), hari ini.

Pengerusi DAP Selangor itu berkata, parti perlu bekerja keras bagi memastikan sokongan Melayu diperolehi terutama di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai 30% pengundi kaum itu.

“Kita harus berusaha bersungguh-sungguh di kawasan masyarakat Melayu supaya kita boleh mendapat sokongan pengundi Melayu sebanyak 50% dalam PRU14.

“Semasa PRU13, sokongan DAP di kalangan pengundi Melayu di Selangor adalah kurang daripada 40%,” kata Kok dalam ucapannya di Konvensyen DAP Selangor di Shah Alam, hari ini.

Kok berkata, DAP Selangor juga mesti memainkan peranan untuk membantu rakan PR memenangi sokongan di kawasan-kawasan yang tewas kepada Barisan Nasional dalam PRU13 lalu.

“Mengikut kajian parti, satu undi di luar bandar bersamaan dengan enam undi di bandar.

“Saya juga ingin menyalurkan lebih masa dan tenaga saya untuk membantu rakan DAP dan Pakatan Rakyat untuk menerokai kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak,” katanya dan menambah PR perlu mengubah cara fikir masyarakat luar bandar jika mahu memenangi undi mereka.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Jika cinabeng dah buat kira macam ini,yaani 40 % pengundi Melayu undi DAP, PRU 13,,maka BN harus yakin bahawa undi cina beng di selangor adalah 100 % pergi ke DAP.Maka Yakin lah semua ,DAP tesa cok buktikan parti cina hati cina perjuangan cina dan tak lain dari itu.RAHMAH untuk Semua.MERCY for All.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping