Ahad, Disember 01, 2013


Waduhai!!! Kenapa la Si Nurul Izzah ni suka sangat nak buat kerja yang bukan - bukan ek? Dah tau benda yang dia buat tu tak mendatangkan faedah, nak jugak dia sua tengkuk dia.

Kalau dia tak tau, lain la cerita. Sekarang dah tak pasal - pasal je dia dimalukan oleh salah seorang Exco Rejim Pakatan Selangor. Mungkin itu yang dia nak gamaknya.

Sebelum ini, Si Nurul Izzah tu sibuk la nak tunjuk Hero dia dengan menjadikan isu berkaitan kenaikkan cukai pintu dikawasan DBKL sebagai bahan untuk dia berpolitik.

Biarpun penjelasan sudah diberikan oleh Menteri yang berkenaan, tapi Si Nurul Izzah ni tetap menolak perkara tersebut dengan menjadikan rakyat sebagai bahan tebusan.

Nah!!! Sekarang tak pasal - pasal je ada pulak Exco Pakatan Selangor tu yang bersetuju dengan tindakan DBKL menaikkan cukai pintu dikawasan Bandar.

Kata Exco tu, ianya satu tindakan yang tepat dan pihak Rejim Pakatan Selangor juga turut bercadang untuk melakukan perkara yang sama dimasa akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim berkata cukai dilihat tidak boleh dikekalkan pada kadar yang sama selamanya kerana tidak praktikal dalam keadaan ekonomi semasa bagi memastikan perkhidmatan sentiasa berkualiti.

"Kita akui kenaikan cukai di Kuala Lumpur itu betul cuma mungkin kadarnya perlu dilihat semula...di Selangor pula, sudah lama kadar cukai tidak dinaikkan namun kerajaan negeri belum lagi ada rancangan untuk menaikkan cukai ini.

"Tapi jika cukai tidak naik, hasil negeri tidak mencukupi jadi bagaimana kita hendak pastikan pengurusan sampah, sebagai contoh berada pada tahap terbaik," katanya ketika menjawab soalan Dr Xavier Jayakumar (PKR-Seri Andalas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Shah Alam Jumaat.
Hah!!! Apa pulak yang Si Nurul Izzah tu nak kata? Sebelum ni sibuk dia pukul canang kata tindakan DBKL tu adalah satu hukuman kepada penduduk Bandar yang tak mengundi BN.

Sekarang, bila Rejim Pakatan Selangor tu pulak nak laksanakan perkara yang sama, adakah ia juga balasan yang diberikan oleh Pakatan terhadap pengundi yang tak mengundi diorang?

Jangan lepas ni, bila Rejim Pakatan Selangor tu laksanakan perkara yang sama, diorang pulak main wayang dan mendakwa kononnya diorang tak tau sudah la!!! Memang ada jugak yang kena baling dengan kasut nanti!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping