Jumaat, Disember 06, 2013


Semalam, SH dah siarkan satu artikel berkenaan dengan Si Fuziah Thoron ni. (Klik Kat Sini). Hari ini, SH malas nak tulis panjang - panjang. Cukup la korang baca keluhan warga Kuantan ni.

Ternyata, ada juga dikalangan rakyat dikawasan Kuantan yang kecewa dengan tindakan lembab yang diambil oleh wakil rakyat mereka sendiri. Ada pun serupa macam tak de je.

Yang Ahli Parlimen sibuk nak mengundi untuk tolak bajet. Lepas tu, bila kalah sibuk nak bawak usul suruh diisytiharkan darurat. Bagi alasan pulak tak masuk akal.

Waima tak diisytiharkan darurat sekali pun, pihak Kerajaan tetap jugak menghantar bantuan melalui jabatan - jabatan serta agensi Kerajaan. Itu pun Si Fuziah tu tak nampak lagi ke?

Sudah - sudah la berpolitik tu Fuziah oi!!! Dalam keadaan sekarang ni, tak payah nak tunjuk hero sangat la. Bantu je yang mana perlu. Jangan banyak cakap tapi kerja tak buat. Penyudahnya nanti, malu diri sendiri je!!!
Semalam Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh cuba menjadi heroin di Parlimen dengan membawa usul tergempar supaya bandar Kuantan diisytihar Darurat. 

Alasan yang diberikan Fuziah ialah kerajaan pusat lambat bertindak bagi membantu mangsa banjir di Kuantan. Menurutnya, keadaan di Kuantan sangat kritikal dan memerlukan bantuan segera. 

Fuziah turut menyalahkan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan, JPAM, Bomba, Jabatan Saliran & Pengaliran, Majlis Keselamatan Negara, Polis, Tentera dan sebagainya kononnya dia tidak nampak mereka datang memberi bantuan. Fuziah panik ketika dia bersikap ego dan sombong bodoh.

Tinjauan kami di beberapa kawasan mendapati Ahli Parlimen Kuantan tidak mempunyai Pusat-Pusat Khidmat Masyarakat, malah tidak nampak satu 'team' daripada Pejabat Ahli Parlimen Kuantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. 
Lihatlah di mana-mana kawasan di Kuantan, tidak ada satu pun Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan yang beroperasi. Kini, barulah orang Kuantan sedar rupa-rupanya satu Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuantan pun tak berfungsi. 

Barulah kami tahu rupa-rupanya Fuziah tiada menyediakan apa-apapun kemudahan kepada mangsa banjir di Kuantan. Dia hanya tahu bantai agensi-agensi kerajaan tetapi di mana kamu sebagai Wakil Rakyat? 
Ketika kamu menyerang agensi-agensi kerajaan mereka ada di setiap pelusuk daerah Kuantan, tetapi kamu Fuziah macam biskut sekejap ada sekejap hilang, sekejap di Kuantan sekejap di Kuala Lumpur. Kamu bukan menteri pun, kamu bukan kekasih gelap Anwar pun, kamu hanya Wakil Rakyat yang sepatutnya duduk berkampung bersama-sama kami di Kuantan! - seterusnya...
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Orang kuantan buat pilihan,pilihlah ..........

    BalasPadam
  2. Apa makna thoron...kalau MORON ana fahamlah..

    BalasPadam
  3. Namanyapun Foolziah....!

    BalasPadam
  4. Bila macai umno berbicara....

    BalasPadam
  5. MP makan gaji buta. Yang dia tau meroyan di parlimen

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping