BEKAS Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, meninggal dunia pada usia 95 tahun di rumahnya, Johannesburg selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan jangkitan paru-paru.
Presiden Jacob Zuma mengatakan Mandela 'pergi dengan damai'. "Bangsa kita kehilangan seorang yang terbaiknya," kata Zuma.
Sejak tahun 2004 Mandela sudah jarang dilihat masyarakat umum, namun pernah muncul seketika Piala Dunia Afrika Selatan 2010.
"Apa yang membuatkan Nelson Mandela agung adalah sikap sejatinya yang membuat dia sebagai manusia. Kita melihat dalam dirinya apa yang kita lihat di dalam diri kita," jelas Zuma ketika bersiaran di stesen TV Nasional.
Beliau meraih Nobel Perdamaian pada tahun 1993 dan terpilih sebagai presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan tahun 1994 sebelum mengundurkan diri setelah lima tahun memikul tanggungjawab tersebut.
Mandela juga dilihat sebagai satu ikon dunia dan pernah di penjara selama 27 tahun di bawah rejim aparteid Afrika Selatan.
PS: Kat Malaysia ni ada jugak orang yang POYO tak ingat dunia nak dabik dada dia kata dia macam Nelson Mandela. Pejuang Rakyat kononnya.
Padahal, beza dia dengan Nelson Mandela tu bagai langit dengan bumi. Jauh sangat perbezaannya. Sikit pun tak sama.
Nelson Mandela berjuang demi kepentingan rakyat. Dia berjuang menentang dasar Apartied sebab Rejim tu laksanakan 'Ethnic Cleansing'.
Nelson Mandela menentang Rejim zalim yang nak menghapuskan suku kaum minoriti di Afrika. Itu sahaja dah berbeza dengan Mamat Poyo kat Malaysia ni.
Dia bukan menentang demi kepentingan rakyat. Sebaliknya, dia berjuang hanya untuk kepentingan diri dia sendiri supaya dia dapat jadi Perdana Menteri.
Mamat tu pulak menyokong 'Ethnic Cleansing' yang cuba nak menghapuskan kuasa kaum Majoriti di Malaysia. Kan nampak sangat bezanya tu? Jadi, tak payah la Mamat tu POYO nak jadi Nelson Mandela!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.