Kalau suruh Tebar Spendar pandai la dia kot!!! |
Tak ka bangang punya kerja. Kalau masa bulan 5 hari tu Cikgu Pa sebagai Setiausaha Agong buat sidang media bagitau yang PAS dah pecat Ustaz Kazim, tak la terpancar kebangangan PAS Perak sampai macam ni. Harakahdaily melaporkan:
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan penceramah bebas Mohammad Kazim Elias yang dilantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah dipecat dari PAS pada Ogos lalu.
Menurut beliau, surat pemakluman pemecatan keahlian itu juga telah dihantar kepada Kazim sejurus selepas itu dan tiada sebarang rayuan dikemukakan kepada PAS. Inilah kesannya negatifnya kalau buat kerja politik sorok-sorok.
Kerja politik ni kerja wajib, memang tak kena kalau buat sorok-sorok, kita bukan nak menunjuk-nunjuk tapi memang kena tunjuk.
Aku cukup tak faham pasai apa keputusan pecat ahli macam ni nak disorok. Patutnya Cikgu PA buat sidang media masa biar semua orang tau dan tentulah tuan punya badan yang dihantar surat tunjuk sebab tu tau.
Sekarang ni terbukti kerja politik sorok-sorok macam tu bawa kesan yang negatif. Tak negatif apanya kalau ketua Pemuda PAS Perak pun taktau. Sinar harian melaporkan:
Pemuda Pas Perak mengesahkan, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim adalah ahli parti itu yang sah.
Ketuanya, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pendakwah itu berkenaan mendaftar sebagai ahli Pas cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998 dengan nombor keahlian 0475276.
Bagaimanapun menurutnya, tiada sebarang jawatan parti yang dipegang sepanjang pembabitannya dalam Pas. - Sinarharian.
Lagi bertambah-tambah mengarut bila Pesuruhjaya PAS Perak pun tak tau. Sinar harian juga ada melaporkan:
Isu pemecatan Mohammad Kazim Elias daripada Pas sudah berada dalam pemerhatian Jawatankuasa Disiplin Pusat, kata Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain.
Bagaimanapun beliau berkata, belum ada sebarang tindakan lanjut dibuat termasuk penyerahan surat berkenaan kepada pendakwah berkenaan.
Menurutnya, Pas Perak sudah menyerahkan laporan lengkap berhubung isu pemecatan itu yang dilakukan atas faktor pelanggaran peraturan parti, awal tahun ini.
"Memang benar beliau masih ahli Pas yang sah, walaupun ada ura-ura dipecat, namun ia belum lagi dilakukan secara rasmi. - Sinarharian.
Tak ka bangang punya kerja. Kalau masa bulan 5 hari tu Cikgu Pa sebagai Setiausaha Agong buat sidang media bagitau yang PAS dah pecat Ustaz Kazim, tak la terpancar kebangangan PAS Perak sampai macam ni!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.