Isnin, Disember 02, 2013


Itulah yang sebenarnya. Puak - puak Parti Angguk Saja tu sebenarnya dah 'Songeh' bila UMNO hulurkan tawaran buat Ustaz Kazim untuk menjadi Ahli Majlis Tertinggi.

Jika sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Perak tampil dan membuat dakwaan mengatakan yang Ustaz Kazim ni masih lagi menjadi ahli PAS. Tapi dia nampak sangat tak tau cerita sebenar.

Maka sebab itulah Pesuruhjaya PAS Perak terpaksa tampil dan memberikan kenyataan berhubung isu yang telah dibangkitkan oleh Ketua Pemuda PAS Perak tu.

Dia menjelaskan bahawa PAS Perak telah pun menyerahkan laporan disiplin terhadap Ustaz Kazim kepada Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat untuk diambil tindakan.

Namun sehingga kini, masih lagi belum ada sebarang tindakan yang dibuat dan surat mengenai pemecatan Ustaz Kazim sebagai ahli pun tidak dikeluarkan.
“Memang benar beliau masih ahli Pas yang sah, walaupun ada ura-ura dipecat, namun ia belum lagi dilakukan secara rasmi.

“Sekiranya beliau menerima pelawaan Umno itu, keahliannya secara automatik akan gugur tanpa perlu surat pemecatan daripada Pas,” katanya kepada Sinar Harian.
Hah! Kan nampak sangat yang PAS masih lagi sayang pada Ustaz Kazim ni. Tu pasal la diorang sampai hari ni masih tak keluarkan surat atau membuat sebarang ketetapan mengenainya.

Hakikatnya, PAS dah mula songeh. Sebelum ni, masa Ustaz Kazim tu jadi ahli parti, diorang jugak yang pinggirkan Ustaz Kazim dan dilayan macam sampah.

Tapi bila Ustaz Kazim tu dilamar oleh UMNO, baru la diorang sibuk nak mengaku kata Ustaz Kazim tu salah seorang dari mereka. Baru la diorang nak meroyan tak tentu arah.

Sampai tahap, Si Nik Aziz tu tuduh kononnya Pendakwah Bebas macam Ustaz Kazim tu mudah menjadi 'makanan serigala'. Walhal, yang meminggirkan Ustaz tu bukan orang lain.

Mungkin selama hari ini, Ustaz Kazim tu dilihat tidak mampu memberikan sebarang manfaat kepada Politik PAS. Diorang ingat Ustaz Kazim ni tak penting dan tak mampu menyumbang kepada perkembangan Politik. Sebab itulah diorang pinggirkan Ustaz Kazim!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Pas ada ustazah pening dengan ustaz bodo.. dalm ceramah suka sangat sebut bodo..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping