Siapa sangka. Selama ini kita ingatkan Si Husam tu la tulang belakang dan orang harapan kepada Si Nik Aziz ni. Tapi ternyata sangkaan kita jauh meleset. Jauh panggang dari api.
Kita ingatkan selama hari ini, Si Husam tu la yang bakal menggantikan Si Nik Aziz tu dan menjadi Menteri Besar Kelantan kerana Popularitinya dikalangan ahli PAS.
Tapi ternyata, Populariti sahaja tidak cukup untuk membuatkan Si Husam tu memerintah Kelantan. Sebaliknya, Populariti itu semakin hari semakin merundum. Setakat popular je, tak guna jugak.
Maka sama la keadaannya dengan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sebelum ini. Diorang kata diorang dapat undi popular dikalangan rakyat. Tapi yang nyata, diorang tak mampu jugak memerintah.
Jika kita baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nik Aziz tu dalam temubual bersama Haprak Daily, jelas membuktikan bahawa dia sendiri tidak yakin dengan Husam.
Maka sebab itulah Si Nik Aziz tu hanya memanggil Ahmad Yaakob dan Nik Amar ke rumahnya bagi membincangkan masa depan serta kedudukan mereka dalam Rejim.
Andaikata Si Nik Aziz tu percaya dengan Husam, sudah tentu dia akan panggil Husam terlebih dahulu untuk berbincang dan mendapatkan buah fikiran anak buah kesayangannya.
Tapi jelas, Si Husam tu bukan la orang kepercayaan Si Nik Aziz. Selama hari ini, imej Si Husam tu hanya bayangan semata - mata. Selama hari ini, bukan Husam pilihan Nik Aziz.
Jadi, apa gunanya Si Husam tu meroyan tak tentu arah bila nama dia tak naik dalam senarai Exco Rejim PAS Kelantan hari tu? Dia tak sedar ke yang diri dia tu hanya tempelan semata - mata?
Bayangkan. Selama hari ini, Si Husam tu memberi gambaran salah kepada pengikut - pengikut dia sendiri. Kononnya, hanya dia yang mampu untuk menggantikan Nik Aziz.
Sedangkan dalam kenyataan Nik Aziz sendiri, hampir 80 peratus tugas pentadbiran Rejim PAS Kelantan selama ini dipikul oleh Ahmad Yaakob. Bukannya Husam.
Maka kesimpulannya, tak payah la Si Husam tu nak tunjuk yang dia tu bagus sangat. Jangan nak berlagak tak tentu arah. Dia perlu sedar, andaikata dia bersuara lagi lepas ni, menentang Rejim PAS Kelantan, bermakna dia menentang pilihan Nik Aziz sendiri!!! Bukannya dia menentang orang lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.