Apakejadahnya ni!!! Ustaz Kazim Elias (UKE) punya pasal pun puak - puak Parti Angguk Saja tu boleh jadi pening kepala ke? Pasal isu itu pun diorang jadi bengong tak tentu arah?
Patut la dalam agenda nak menegakkan dakwah Islamiah pun puak - puak PAS ni kantoi. Baru sebut cerita pasal UKE diorang dah mula meroyan tak tentu arah.
Jika sebelum ni, Si Nik Aziz tu kata Pendakwah Bebas macam Ustaz Kazim ni mudah menjadi 'Makanan Serigala'. Tapi hakikatnya, PAS yang mudah mereng tak tentu hala.
Punya la diorang jadi tak tentu arah sampai berbelit - belit kepala otak orang dibawah nak memikirkannya. Diorang pun naik pening dibuat dek pemimpin diorang sendiri.
Hari tu, Ketua Pemuda PAS Perak buat dakwaan kononnya Ustaz Kazim ni masih lagi menjadi ahli PAS Cawangan Manjoi, dalam kawasan Tambun. Siap dia bagi nombor ahli lagi.
Walhal, dalam blog Dewan Ulama PAS Perak menyatakan bahawa mereka telah membawa satu usul ada tahun 2011 untuk memecat keahlian Ustaz Kazim.
Semalam, Pesuruhjaya PAS Perak pulak tampil kata isu berkaitan dengan Ustaz Kazim sebagai ahli PAS sudah pun dihantar kepada jawatankuasa disiplin. Tetapi tidak ada tindakan.
Sampai ke hari ini, surat berkaitan dengan pemecatan Ustaz Kazim sebagai ahli PAS masih lagi belum dibuat dan dihantar kepada pihak berkenaan. Malah Ustaz Kazim pun tak tau.
Tup-tup hari ni, Si Pak Berahim tu pulak tampil dan buat kenyataan kata Ustaz Kazim sudah pun dipecat dari menjadi ahli PAS. Yang mana satu yang betulnya ni?
Kata Pak Berahim, Ustaz Kazim tu dah dipecat dari menjadi ahli PAS sejak bulan Mei yang lalu. Apa sebab musababa Ustaz Kazim dipecat tak de pulak dimaklumkan.
Yang sebenarnya, diorang dah pecat ke belum Ustaz Kazim tu? Kalau dah pecat, kenapa tak nak keluarkan surat? Kenapa diorang diamkan perkara tu dari pengetahuan empunya diri?
Takkan la dari bulan Mei sampai hari ni, surat sekeping pun diorang tak boleh nak keluarkan? Apa ke lembab sangat puak - puak Parti Angguk Saja ni. Nak buat surat pun malas?
Kot ye pun sayang sangat kat Ustaz Kazim tu dan tak nak dia tinggalkan parti, jangan la buat orang tu macam bola yang boleh nak ditendang ke sana ke mari. Cakap nak memperjuangkan Islam. Pendirian sendiri pun berbelit -belit!!!
PAS ni macam orang gila talak. Masa kaain buat tak peduli, dera lagi. Bila ada orang lain hendak, baru meroyan tak tentu pasal.
BalasPadam