Pengakuan Khalid di dalam Sinar Harian bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa terhad dalam penentuan harga barang keperluan, telah memberi jalan kepada pihak musuh untuk menyalahkan kerajaan negeri atas kenaikan harga barang yang dikesan berlaku di negeri ini.
Antaranya gas memasak di Petaling Jaya dan peralatan sekolah di Shah Alam.
Setelah difahamkan, kebanyakkan rungutan mengenai kenaikan dua jenis barangan tersebut hanya berlaku di kebanyakkan tempat dalam negeri Selangor, tidak di negeri - negeri lain.
Beberapa kenaikan itu pula dikaitkan dengan tindakan kerajaan negeri mengenakan caj pemajuan sebanyak 30% untuk setiap bangunan baru siap di negeri tersebut - termasuk bangunan perniagaan dan kenaikan caj lesen perniagaan yang dinaikkan sebanyak 400% baru-baru ini.
Begitu juga kenaikan cukai pintu melebihi 100% di beberapa tempat.
Semua kenaikan yang berada dibawah kawalan kerajaan negeri ini dikatakan telah mempengaruhi kos kenaikan harga barang di Selangor.
Perkara ini tidak pernah menjadi tumpuan sesiapa sebelum ini, tapi bila Khalid buat kenyataan itu yang kerajaan negeri juga ada peranan dalam penentuan harga barang (walaupun terhad), ia telah mula menjadi isu yang hebat di perkatakan di Internet.
Malah Khalid jangan lupa, kerajaan negeri Selangor baru sahaja menaikkan gaji beberapa jawatan penting dalam pentadbiran negeri tersebut melebihi 370% - tanpa mengambil kira tekanan hidup yang sedang dialami rakyat kebanyakkan di bawah.
PS: Sekarang bila itu Macai - Macai Pakatan mau pergi buat demo depan pejabat Si Khalid Gagap ni? Jangan setakat pandai tuduh orang lain je. Kasi TURUN la itu Khalid Gagap!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.