Huh!!! Kita ingatkan isu berkaitan dengan tuntutan fasakh dan keluhan dari Si Nurul Izzah tu dah diam. Tapi rupanya masih ada lagi orang yang kuat mempertikaikan perkara tu ye.
Nampak gayanya isu ni dah mendapat liputan yang meluas sehingga rayuan dari Si Nurul Izzah tu untuk diberi 'Ruang Peribadi' pun turut menjadi bahan pertikaian orang.
Seperti mana yang SH katakan sebelum ini. Kemungkinan ini adalah petunjuk yang diberikan kepada kita supaya kita insaf dengan diri kita sendiri. Dulu seronok sangat dia menganggu 'Ruang Peribadi' orang. Sekarang dah kena batang hidung sendiri. Baru la Padan Muka dia!!!
PETALING JAYA: "Berita tetap berita. Dan jika itu bererti melaporkan mengenai permohonan cerai salah seorang tokoh yang 'manis' di kalangan masyarakat, laporkan sahaja."Itulah logik yang dinyatakan dalam 'posting' Facebook Editor The Establishment Post, Vanitha Nadaraj, sebuah portal di Singapura apabila memperincikan mengapa beliau tidak dapat menerima hujah-hujah terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk tidak diganggu dan tidak mahu privasi beliau diceroboh.Artikel asal Vanitha dalam penerbitan dalam talian yang bertajuk 'Berita Nurul Izzah Dan Dakwaan Perceraian Timbul Kekecohan', menekankan bagaimana orang ramai terkejut dengan berita melibatkan naib presiden PKR yang 'muda, cantik, pintar, berkarisma dan mempunyai ciri perdana menteri" yang memfailkan perceraian daripada suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.Apabila berkongsi pendapat dan pemikirannya sendiri pada rangkaian media sosial, Vanitha berkata sentimen awam mungkin berbeza "jika Nurul mempunyai muka seperti 'bahagian belakang bas, bersikap 'bossy', ahli politik bermulut jahat yang sentiasa keluar dengan kenyataan bodoh."Beliau juga mempersoalkan jumlah privasi yang perlu dan layak diberikan kepada ahli Parlimen Lembah Pantai itu."Tetapi isu ini melampaui perdebatan privasi. Ia adalah mengenai seorang ahli politik muda yang perlu belajar untuk menangani masalah peribadi pada ketika beliau menjadi perhatian. Itulah yang perdana menteri dan presiden lakukan."Dan ini adalah bagaimana isu ini perlu dilihat - ia satu peluang untuk Nurul mempersiapkan dirinya dalam situasi di mana beliau perlu bersikap tegas dan terus berdepan dengan publisiti negatif yang boleh menjejaskan populariti beliau. Itulah yang akan menjadikan seseorang itu negarawan yang baik," jelas Vanitha.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.