Ketika rakan SS pergi ke satu lokasi penggambaran drama, dia terkejut melihat perlakuan seorang artis yang turut berlakon dalam drama itu.
Bukannya apa, kerana setahu rakan SS sebelum ini artis itu bertudung dan kenapa tiba-tiba hari itu dia lihat dengan tanpa rasa bersalah artis itu menanggalkan tudungnya.
Hari itu cuaca memang agak panas tetapi takkanlah sampai tergamak artis itu melondehkan tudungnya. Dulu masa mula-mula dia bertudung kerana apa? Apakah sekadar berfesyen atau hanya ingin mengambil hati peminat.
Lagipun sekarang semakin ramai artis yang bertudung jadi dia pun mungkin terikut-ikut sama. Produser dan pengarah drama sekarang pun ramai yang aktif menerbitkan drama Islamik jadi apabila dia bertudung mungkin salah satu cara untuknya mendapat peluang berlakon drama bergenre sedemikian.
Apabila artis itu ternampak rakan SS, dia cepat-cepat mencari tudungnya yang entah terbang ke mana. Rakan SS buat tak tahu saja kerana dia bukanlah ustaz atau ustazah untuk berceramah kepada artis itu, lagi pun artis itu sudah cukup dewasa untuk menilai dan memikirkan tindakannya itu.
PS: Kalau nak bertudung tu biar la ikhlas kerana agama bukan hanya kerana fesyen semata - mata. Tengok macam Amoi kat atas tu.
Dulu pakaian dia lagi 'daring'. Siapa separuh telanjang lagi. Sekarang dah pakai tudung sebab nak menghormati diri dia sendiri.
Ramai jugak orang tuduh dia hanya nak berfesyen. Tapi sejak akhir - akhir ni, dia banyak sertai kelas - kelas agama Islam.
Katanya dia nak memahami Islam tu sendiri. Jadi, bagus la kalau macam tu. Jangan jadi macam sesetengah orang lain tu. Pakai je tudung labuh, tapi perangai sendiri tak ubah macam Setan!!!
tak percaya aku pada cina tu.
BalasPadammmg btol tudung bukan sekadar fesyen...cuma kita bantu doakan mereka agar ikhlas dalam pemakaian tudung serta gunakan tudung yang menepati kehendak agama..:)
BalasPadam