KETUA Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad hari ini memaklumkan pihak polis tidak menerima sesiapa individu yang ditangkap peserta Perhimpunan haram Turun di Dataran Merdeka kerana membaling batu ke arah pentas ketika sambutan Ambang 2014 Selasa lepas.
Pada malam sambutan Ambang 2014, ketika peserta perhimpunan haram sudah masuk ke padang Kelab Diraja Selangor di Dataran Merdeka seorang aktivis pembangkang yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard turut berucap.
Dalam ucapannya, beliau berkata peserta perhimpunan telah berjaya menangkap individu yang bertanggungjawab membaling botol mineral ke pentas konsert sehingga hampir mengenai kepala seorang penyanyi dan individu itu sudah diserahkan kepada polis.
“Tidak adalah, kita tidak menerima apa-apa tangkapan, semua kata-katanya itu pembohong, beliau adalah seorang yang tidak beretika dan ucapannya semua bohong apa yang diperkatakannya.
“Kita masih menyiasat pita rakaman video semua kejadian ketika perhimpunan itu sebelum melihat sebarang langkah susulan yang akan diambil,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.my hari ini.
Che’gu Bard berkata perhimpunan itu bukan perhimpunan ganas dan mereka tidak membawa sebarang senjata dan mereka bersahabat dengan polis serta tidak berhasrat mencabar pihak polis.
Penipuan pemimpin pembangkang ini diperkuatkan oleh kenyataan yang dibuat Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sehari selepas pada keesokannya dalam satu sidang media.
“Sehingga kini tiada tangkapan dibuat berhubung perhimpunan haram terbabit,” katanya memetik laporan Bernama.
Che’gu Bard jelas menipu berhubung ucapannya yang berkata beberapa orang individu sudah ditangkap kerana membaling botol dari dalam kumpulan peserta perhimpunan yang didakwanya bukan daripada mereka tetapi dari pihak lain.
Che gu Bad is a "very bad man". A great spinner, "his egg" needs to be spinned so he will know how know betapa sakitnya the effect of the spin.
BalasPadam