Tidak dapat tidak, memang itulah Kebenarannya. Perkara ini tidak perlu hendak dinafikan lagi oleh mana - mana pihak sekali pun. Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ni bukan soal kepentingan rakyat.
Sebaliknya ia hanya untuk kepentingan diri sendiri dan 'survival' Politik pihak tertentu sahaja tanpa menghiraukan lansung mengenai apa yang disuarakan oleh mereka diperingkat akar umbi.
Biar pun ada pihak mengatakan bahawa PRK bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kajang ni sama seperti beberapa Pilihan Raya lain, tetapi sebenarnya tidak. Itu bukan hakikatnya.
Ianya tak sama lansung dengan mana - mana sejarah Pilihan Raya terdahulu. Pilhan Raya Kecil DUN Kajang ni hanya berkaitan dengan kepentingan seorang individu bernama Azmin.
Itu sahaja. Tak perlu lagi ianya dipertikaikan atau dipersoalkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Diorang tak payah sesak - sesak nak terus menipu rakyat dengan sandiwara yang bukan - bukan.
Cuba korang sendiri fikir. Adakah Pilihan Raya Kecil DUN Kajang ni akan wujud sekiranya kemelut kepimpinan serta perebutan kuasa diantara Azmin dan Khalid Ibrahim tu tak berlaku?
Sudah tentu tidak. Sebab bukan baru hari ini Pakatan Haramjadah tu memerintah di Selangor. Tapi diorang dah diberi peluang selama hampir 7 tahun untuk mentadbir Negeri tersebut.
Kenapa selama hari ini diorang tak de masalah pun dengan kepimpinan Khalid Ibrahim? Kenapa selepas isu berkaitan dengan pengguguran Si Azmin tu sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS baru isu PRK ni timbul?
Sejak dari mula lagi, Si Azmin tu yang tak puas hati dengan Si Khalid Ibrahim kerana didakwa 'kedekut' nak keluarkan duit dan bagi dana untuk kegunaan Pakatan Haramjadah tu.
Seawal waktu selepas Pilihan Raya Umum selesai, konflik berkaitan dengan kepimpinan utama di Selangor ni menjadi bahan bualan hangat dikalangan rakyat serta ahli Politik.
Kebanyakkan mereka melihat bahawa kemelut ini akan berpanjangan. Dan sekarang ianya telah terbukti benar belaka. Maka, untuk apa lagi puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak menipu?
Yang malangnya siapa? Yang ruginya siapa? Rakyat jugak yang dijadikan bahan taruhan. Rakyat jugak yang dijadikan bahan korban. Jika ini bukan dianggap satu 'Pembunuhan Terbuka', apa lagi yang kita boleh katakan!!! Takkan itu pun kita nak biarkan saja!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.