Selasa, Januari 28, 2014


Wah!!! Memang malang sungguh la Si Husam tu rupanya ye. Dah la dia hilang kredibiliti nak jadi Menteri Besar. Nak jejak kaki jadi Exco Negeri pun kena cantas. Jadi Ahli Parlimen tinggal angan - angan je.

Mentang - mentang la dia ada bela kambing. Tak pasal - pasal je dia pulak yang jadi 'Kambing Hitam' bila pihak Rejim PAS Kelantan disaman sebanyak Rm 230juta oleh sebuah syarikat Korea baru - baru ni.

Kiranya dalam isu ni, Si Husam tu pulak yang dipersalahkan kerana dia yang bertanggungjawab membuat perjanjian tersebut sewaktu dia jadi Exco Negeri sebelum ini.

Demikian yang dinyatakan oleh blogger PAS mengenai isu tersebut. Nampak sangat yang blogger PAS tu cuba hendak mempertahankan Si Husam tu secara terang - terangan.

Antara lain yang turut dipertikaikan oleh blogger tersebut ialah mengenai penjelasan yang dibuat oleh Exco yang kini memegang portfolio berkaitan dengan perjanjian tersebut.

Katanya, pihak Rejim PAS Kelantan tidak pernah mengeluarkan surat perjanjian kepada syarikat terbabit. Sebaliknya, mereka hanya memberi surat tawaran semata - mata.
Hari ini Exco Kerajaan Kelantan yang bertanggungjawab dengan amanah untuk membina lebuh raya rakyat Kelantan, Hanifa Ahmad telah memberi penjelasan berhubung tindakan saman dikemukakan syarikat (kontrektor) Dae Hanguru Indfra Sdn Bhd ke atas kerajaan Kelantan dengan nilai tuntutan sebanyak RM230 juta.

Antara lain Hanifa menjelaskan seperti dipetik, kerajaan tidak menanda tangani apa-apa kontrek dengan syarikat dari Korea itu dan apa yang ada hanyalah surat tawaran (LOI).
Nah! Sekarang timbul persoalan dikalangan rakyat yang mengikuti rapat mengenai perkembangan projek tersebut. Macam - macam spekulasi boleh dibuat berdasarkan penjelasan diatas.

Sebagai contoh, untuk apa syarikat tersebut mengeluarkan modal sebanyak RM 5juta lebih jika mereka hanya sekadar menerima surat tawaran dari pihak Rejim ketika Si Husam tu ada kuasa?

Untuk apa kegunaan modal sebanyak RM 5juta tersebut? Adakah ianya digunakan untuk perbelanjaan Pilihan Raya Umum yang lepas? Kemungkinan itu memang ada.

Sekiranya syarikat tersebut hanya sekadar menerima surat tawaran, buat apa Si Husam tu buat Majlis Pecah Tanah dan menjemput Si Nik Aziz untuk merasmikannya? Kan pelik tu?

Kebiasaannya, majlis sedemikian dibuat setelah perjanjian diantara Pihak Berkuasa dan syarikat yang terlibat dimeterai. Kalau masih diperingkat perbincangan, buat apa majlis tu diadakan?

Hah!!! Sekarang, semua persoalan itu hanya boleh dijelaskan oleh Si Husam tu sendiri. Hanya dia je yang dapat merungkai Misteri disebalik perjanjian yang telah dibuat dengan syarikat tersebut. Jadi, dia perlu bertanggungjawab. Kalau tidak, jangan sibuk la nak jadi pemimpin!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Siann rakyat krlate kene klentong idup2...

    Pemimpin zalim utk rakyat zalim...

    BalasPadam
  2. Siann rakyat krlate kene klentong idup2...

    Pemimpin zalim utk rakyat zalim...

    BalasPadam
  3. YANG TINGGAL LEBOHRAYA KESYURGA....

    BalasPadam
  4. Ini semua salah UMNO

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping