Kadang - kadang SH pelik jugak dengan orang UMNO ni. Setakat ditawar dengan kemewahan hidup sementara pun diorang boleh jadi gelap mata sampai lupa diri?
Inilah masalahnya dengan orang UMNO yang ada pada hari ini. Hanya semata - mata kerana tawaran duniawi diorang sanggup mengenepikan perjuangan parti.
Kalau puak - puak Pakatan Haramjadah tu lain la cerita. Diorang tu memang mengejar kesenangan dunia tanpa memikirkan lansung pasal hal orang lain. Semuanya diorang je nak untung.
Diorang ni memang lupa bahawa kedudukan diorang tu hanya sementara je. Diorang dapat kedudukan tu pun untuk kepentingan rakyat, bukannya untuk kepentingan peribadi.
Tapi bila dah semuanya jadi gelap mata belaka, maka mudah la diorang lupa dengan asal usul perjuangan diorang. Mudah la diorang nak berubah arah dan lupa tanggungjawab terhadap orang bawahan.
Yang ditawar pun hanya untuk kepentingan diri sendiri. Bukannya AP tu boleh dikongsi dengan orang lain pun. Bukannya keuntungan AP tu boleh menyelesaikan masalah rakyat.
Tapi mungkin itu arah tuju diorang ni gamaknya. Hajat nak memperkasakan parti, tapi yang diperjuangkan semuanya untuk kepentingan diri sendiri. Jangan ingat orang bawah tak tau.
Bagi SH, orang sebegini tak pernah belajar dari kesilapan orang yang lalu. Diorang tak pernah duduk dengan orang biasa dan dengar pandangan mereka terhadap UMNO.
Hakikatnya, orang menyampah pada UMNO sebab wujudnya manusia - manusia macam ni la. Tu pasal orang semakin hari semakin menjauhkan diri dari UMNO. Itu hakikatnya.
Rakyat bukan tak percaya bahawa UMNO mampu membela nasib rakyat. Tapi disebabkan ada pemimpin yang mudah 'GILA' macam ni, mula la orang menyampah dan meluat. Kalau macam ni gayanya, memang ada peluang UMNO bungkus dalam PRU akan datang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.