Memang tak faham betul la dengan pemikiran sesetengah orang ni ek. Apa benda yang dia pandang pun tak tau la. Orang cerita pasal beg tangan tu. Yang melarat cerita lain ni, apa jadahnya?
Tapi inilah hakikatnya hidup dalam dunia persepsi zaman sekarang ni. Macam - macam pandangan orang boleh berikan. Ada yang positif, ada yang negatif memanjang. Tak de yang baik lansung. Yang jenis negatif memanjang tu yang selalu buat jahanamnya!!!
Rasanya dah lebih sebulan aktres jelita Rozita Che Wan bergelar isteri kepada pelakon kacak Zain Saidin dan kedua-duanya nampak bahagia mengharungi kehidupan di alam perkahwinan.Penampilan Rozita yang lebih mesra dikenali dengan nama Che Ta bagaimanapun dilihat semakin seksi berbanding sebelum berkahwin dahulu.Terbaru, Che Ta berkongsi fotonya ketika bercuti di Bali bersama-sama dengan Zain yang memaparkan beliau mengenakan skirt pendek yang seksi sehingga menampakkan peha dan kakinya yang panjang.Gambar itu dikongsikan Che Ta di dalam laman Instagramnya rozitachewan1.Selain foto itu, Che Ta turut berkongsi gambar beliau yang bercuti bersama-sama rakan-rakan yang lain selain Zain yang berada di belakangnya.Dahsyat, Che Ta makin lama berkahwin makin seksi dan cantik nampaknya, bertuahlah Zain.
Ps: Buat Che Ta, SH cuma sekadar nak berpesan je. Dah ada suami tu, jaga la diri elok - elok. Jangan mudah sangat nak jadi bahan persepsi orang lain!!! Nanti yang susah diri sendiri jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.