Entah apa lagi yang perlu kita tafsirkan mengenai isu yang mula mendapat perhatian pada ketika ini. Nampak gayanya, puak - puak Pakatan Haramjadah tu dah mula bercelaru.
Tak cukup dengan isu kemelut kepimpinan yang sedang dihadapi oleh puak - puak PKR tu di Selangor. Sekarang timbul pulak isu PKR saman Presiden PAS secara terang - terangan.
Isu itu cuba nak ditutup oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu yang dilihat lebih cenderung kepada PKR. Namun, masih ada dikalangan pemimpin PAS yang tetap mahu kes tersebut diteruskan.
Melihat perkembangan semasa, nampak ada usaha dari kalangan pemimpin PAS sendiri yang cuba tutup isu tu dari terus dibicarakan oleh ahli serta penyokong PAS di semua peringkat.
Terbaru, kita dengar kata ada dikalangan ahli serta pemimpin PAS yang menunding jari dan menyalahkan peguam yang mewakili Hadi Awang bagi menghadapi kes tersebut dimahkamah.
Kata mereka, peguam yang dilantik tu tak menjalankan tugas dengan baik. Malah ada juga yang menyifatkan bahawa peguam tersebut tidak kompeten, cuai, leka, dan buat kerja sambil lewa.
Tidak kurang juga dengan tuduhan yang mengatakan bahawa peguam terbabit cuba nak sabotaj Hadi Awang dan mengeruhkan lagi hubungan diantara komponen Pakatan Haramjadah tu.
Apa pun dakwaan yang dibuat, semuanya diluahkan sendiri oleh ahli serta pemimpin PAS yang terasa terhina dengan tindakan yang dilakukan oleh ahli PKR tu terhadap Presiden mereka.
Jadi, tak salah sekiranya mereka meluahkan rasa tak puas hati tu dan membuat dakwaan tersebut. Lagi pun, diorang jugak yang memperjuangkan Hak Kebebasan Bersuara dikalangan rakyat.
Tapi kenapa pulak bila kenyataan tersebut diluahkan, ada segelintir pemimpin PAS sendiri yang mendakwa ianya sebagai satu fitnah jahat terhadap peguam yang mewakili Hadi Awang tu?
Ke mana hilangnya perjuangan Hak Kebebasan Bersuara yang dilaung - laungkan selama hari ini? Kenapa pulak diorang sesuka hati boleh melabelkan luahan hati ahli serta pemimpin terbabit sebagai satu dakwaan fitnah?
Jelas, itu semuanya hanya RETORIK semata - mata. Tindakan diorang tu hanya sedap dimulut, tapi perlaksanaannya macam HAMPEH!!! Belajar la terima kritikan, jangan suka sangat nak mendongak ke langit!!! Mengaku je salah sendiri, jangan asyik nak salahkan orang lain je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.