Sejak kali pertama membuat dakwaan sebagai Sultan Melaka, sambil menuntut takhta pada November 2005, ada sahaja perkembangan terbaru mengenai dia.
Noor Jan tidak pernah kendur walaupun dakwaannya dinafikan oleh banyak pihak termasuk kerajaan negeri Melaka dan Raja Ali Raja Amran, seorang waris Sultan Abdullah Mohamad 1.
Dari semasa ke semasa, ada sahaja dakwaan yang kononnya berkisar kepada bukti salasilah dan nasab keturunan Sultan Mahmud Shah.
Antaranya, dia mendakwa kononnya dia memiliki keris Taming Sari, tongkat Lang Buana yang dikatakan mempunyai kuasa sakti dan beberapa lagi alat kebesaran warisan asal Sultan Melaka.
Ramai masih ingat bagaimana dia mengadakan acara pertabalan penuh istiadat di dewan serbaguna tidak lama dulu, yang mengundang perhatian besar masyarakat. Tetapi awal-awal lagi ramai yang ragu malah tidak kurang yang menjadikannya bahan jenaka.
Kini Noor Jan dan para pembantunya termasuk ada yang digelar Tengku Bendahara beroperasi di sebuah rumah kedai yang dinamakan Balai Seri Melaka. Sebenarnya Awang sudah tidak larat geleng kepala bercakap fasal hal ini.
Terbaru, usahawan itu buat hal lagi. Beliau menganugerahkan gelaran Datuk Seri Paduka Mahkota kepada pengarah sebuah syarikat hartanah global pada satu majlis di Puchong.
Khabarnya, 150 pelabur asing termasuk dari China, Taiwan dan Vietnam hadir pada majlis tersebut. (Kesian! Semuanya pakat kena tipu belaka dengan Mamat ni).
Akhbar Kosmo! turut melaporkan bagaimana sebuah kereta Rolls Royce sewa yang tertera namanya, Noor Jan dijadikan gimik pada majlis itu bagi menarik perhatian para pelabur.
Apa reaksi beliau? ''Nama saya di depan dan belakang kereta itu hanya bermaksud menggahkan Sultan Melaka, apa salahnya," demikian pengakuan Noor Jan.
Polis kemudian mengesahkan kereta itu yang dimiliki oleh sebuah syarikat kereta terpakai menggunakan nombor pendaftaran palsu dan tidak mempunyai cukai jalan.
Memang sengaja dipaparkan hal ini kerana merasakan kerajaan dan pihak berkuasa tidak menangani isu Noor Jan dengan tegas dan berkesan. Kita tidak boleh membenarkan persekitaran yang mengelirukan masyarakat.
Dalam kita menghormati hak individu dan kebebasan, kes Noor Jan juga perlu dilihat daripada aspek kedaulatan dan kemuliaan institusi raja di negara ini.
Tindak-tanduk dia ni boleh ditafsir sebagai memperlekehkan institusi raja yang perlu dipertahankan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan!!!
PS: Dah jenis spesis puak - puak Parti Kecohkan Rakyat tu jugak Mamat tu sebenarnya. Memang kena sangat la kalau dia jadi 'Bakal Menantu' Bang Nun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.