Sabtu, Februari 08, 2014


Amboi!!! Baru tak sampai setahun diorang dah mula nak tuntut janji yang dibuat dengan pihak Kerajaan? Belum apa - apa lagi dah pandai nak demand nampak.

Orang dah bagi jawatan jadi Senator dan dinaikkan sebagai Timbalan Menteri pun tak cukup lagi ke? Lagi pun, apa kerja yang dia sendiri dah buat dalam tempoh setahun tu? 

Banyak sangat ke khidmat yang dah diberikan kepada rakyat? Dalam tempoh kurang dari setahun, dah terbela ke nasib kaum India yang nak diperjuangkan selama hari ini? 

Kalau setakat pandai bercakap tapi tak reti buat kerja baik tak payah!!! Setakat pandai mengkritik orang tak tentu arah, apa gunanya. Tak mendatangkan faedah lansung!!!

Jadi memang bagus sangat la kalau dia nak letak jawatan. Bagi dia tempat yang bagus pun dia tak reti nak buat apa jugak. Pun masih lagi dia tak pandai nak buat kerja. Dari pikul biawak hidup macam tu, baik biar je dia masuk balik dalam hutan!!!
SHAH ALAM: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy akan meletak jawatan termasuk keahliannya di Dewan Negara pada Isnin ini, demikian menurut Hindraf hari ini.
 
Setiausaha Hindraf P. Ramesh berkata pengasas gerakan itu mengambil keputusan untuk berundur kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal penuhi janji PRU13, Mei tahun lalu.
 
"Kita telah mengikat perjanjian dengan BN yang sebelum ini musuh Hindraf semata-mata atas kepentingan kaum India dan atas keyakinan bahawa kepimpinan BN akan menunaikan janjinya," kata beliau.
 
"Kini kami telah hilang keyakinan itu selepas menunggu lapan bulan.
 
Justeru jawatankuasa pusat Hindraf sebulat suara bersetuju agar Waythamoorthy berundur dari semua jawatan dan senator pada 10 Januari ini, kata Waythamoorthy.
 
"Kami kesal kerana gagal untuk melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan kepada kaum India sebelum ini. Kami mohon maaf diatas kegagalan ini," kata beliau.
 
Waythamoorthy dilantik sebagai Senator Dewan Negara dan Timbalan Menteri selepas PRU13.
 
Sebelum PRU itu Hindraf telah menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan yang menyatakan komitmen bersama untuk meningkatkan taraf sosial ekonomi kaum India yang merangkumi hampir 10 peratus daripada 27 juta penduduk Malaysia.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping